Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Wednesday, November 30, 2016

Hangat Menjadi Perbualan Apabila Nora Terkeluar

Sebenarnya, untuk menjadi seorang bloggers tidak semestinya mempunyai kemahiran pengaturcaraan yang tinggi, semua nya telah tersedia di editor blog, hanya perlu menaip dan perlu kreatif, dan jika anda tahu asas pengaturcaraan, itu lebih baik. Sekurang kurangnya bila anda melihat coding di blog, anda tidak terasa nak muntah dan cepat letih. 

Kini, di internet, banyak info berkenaan pengaturcaraan asas, pertengahan atau advance boleh di dapati secara mudah, hanya perlu memasukkan kata kunci (keyword) yang sesuai sahaja. Kisah hangat Menjadi perbualan apabila nora terkeluar gegar vaganza, boleh lah di ketepikan sebentar.

Semakin Berisi Semakin Menunduk

Pada 24-28 Oktober 2016, yang lalu, aku menghadiri kelas Pengaturcaraan HTML 5 & Javascript di Area Mont Kiara, Damansara Kuala Lumpur, memang seronok hadir ke kelas ilmu ini, banyak ilmu yang aku dapat, walaupun memeningkan kepala.

Kali ini penyertaan tiada certificate di perolehi, sebab kalau course yang sama sebelum ini, kalau 40 orang yang menyertai, bila masa exam, hanya 3-4 orang sahaja yang lulus dan terima certificate, so, untuk menjaga KPI syarikat dan tenaga pengajar, elok lah di hentikan sementara bagi pemberiaan certificate. 

Agak susah sikit untuk yang part Javascript tu, walaupun aku ada asas HTML. Di penghujung sesi akhir kelas (hari kelima), ada sedikit ucapan penutup, dan aku tertarik dengan ucapan akhir itu dari penganjur program.


Tuesday, November 29, 2016

Hotel Terbaik Sekitar Batu Ferringhi

Penat dan sibuk dengan aktiviti seharian dan di tempat kerja ? Selalu kena marah dengan boss? Apa kata kita hadiah kan diri kita untuk berberapa hari dengan bercuti bersama insan yang tersayang, lupakan sebentar kesibukan kerja yang tiada penghujungnya, cari destinasi yang sesuai untuk bercuti dan merehatkan diri dengan Traveloka. Anda boleh menempah tiket penerbangan pergi dan balik dan dalam masa yang sama boleh menempah dan mencari hotel hotel yang terbaik berhampiran anda!! Semuan nya ada di Traveloka.

Banyak destinasi pelancongan yang terbaik di Malaysia, dan kali ini, aku nak mencadangkan Hotel Terbaik Sekitar Batu Ferringhi Pulau Pinang dengan kadar harga berpatutan di sekitar batu feringhi, pulau pinang. 

Senarai Hotel Terbaik Perlu Di Kunjungi Di Pulau Pinang

Nama Batu Ferringhi tak perlu diperkenalkan lagi sebab tempat ni memang femes (popular) dalam kalangan travel junkie sama ada dari dalam mahupun luar negara. Bagi yang ingin ke sini, terdapat beberapa option (pilihan). Syurga dunia ini terletak di utara semenanjung Malaysia dan boleh diakses dengan mudah melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Highway).

Macam Mana Hendak Balik Rumah

Apa lagi hendak di katakan, sudah nasib aku begini, macam mana hendak balik rumah kalau depan belakang tayar motor hilang? kepada yang mencuri tu, korang ni langsung tiada pertimbangan dan kasihan. Kenapa perlu mencuri, kalau tiada duit dan terdesak, tinggalkan nota dan nombor bank, aku boleh bank in kan duit, walaupun aku sendiri duit pun takde,  banyak lagi cara cara bagaimana hendak mendapatkan duit, di luar sana banyak peluang pekerjaan, rajin atau malas sahaja!  kenapa perlu mencuri ?

macam mana nak balik rumah kalau depan belakang

Dah la tayar, rim motor depan belakang kena curi, no plate pun kau bedal juga?Kalau ada motor ni senang, yela kan, setakat nak beli burger dan rokok, boleh naik motor je, mudah, cepat dan ringkas.

Terkejut juga bila terjadi macam ini, kadang kadang terfikir semula, aku tak mencuri harta orang, tapi orang mencuri harta aku. Tapi takpelah, ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku. Mungkin semalam aku hilang tayar dan rim motor, mana tahu esok Tuhan gantikan hadiah yang lebih baik. Amin.

Monday, November 28, 2016

Ambil Sahaja Peluang Baik Yang Datang

Alhamdulillah, dapat tawaran kolaborasi dari sebuah syarikat ni minggu lepas, ini merupakan kali kedua kolaborasi selepas tawaran dari online shopping zalora. Apa pun terima kasih kerana mempercayai blog kecil kecilan ini. 

tawaran kolaborasi
 
Harap harap ada good news dari mereka, Ambil sahaja peluang baik yang datang, walau sekecil mana pun pulangannya (bergantung dengan permintaan), tidak rugi pun. Asalkan ada 'keuntungan' win win situation.  Yang penting kita cuba dan jangan putus asa.


Friday, November 25, 2016

Selesai Sudah Mengulas Semua Blog

Alhamdulillah, selesai sudah mengulas semua blog. Fuh, majoriti blog kebanyakkannya mempunyai solution yang sama, cuma ada berberapa blog sahaja yang comply SEO. Kesimpulan nya disini, blog korang semua terbaik dan teruskan menulis yang baik baik, untuk tatapan generasi akan datang, berdiri di atas bakat sendiri, dan yakin dengan kemampuan diri sendiri, setiap manusia di ciptakan mempunyai kelebihan masing masing.

Harap maaf kalau terguris hati ke, berdendam ke, aku hanya berkongsi pengetahuan apa yang aku tahu, dan di harapkan dengan ulasan ini, dapat membantu korang sekurang kurangnya.

Lebih banyak kita memberi dan berkongsi ilmu, ilmu yang kita perolehi semakin bertambah, sedikit pun tidak berkurang.

Ok, jika blog anda masih lagi ada masalah mengenai alt dan title, dan ada missing , pergi ke layout, selepas itu cari blog post, tekan edit, (lihat gambar di bawah)


Thursday, November 24, 2016

Keputusan Review Blog

Salam dan selamat sejahtera semua, untuk sesi segmen review, terlalu ramai yang menyertai, jadi aku review secara berperingkat peringkat. Semua bloggers yang menyertai sudah dapat nombor masing masing kan? Untuk melihat nombor nombor yang mewakili korang yang menyertai, boleh lah lihat di SINI

Bagi yang lain, tunggu untuk sesi review yang seterusnya, aku akan share document dalam page Keputusan Review Blog ini, kepada bloggers yang bernombor 1-7, 8-14, 15-17, 18-20 harap maaf kalau tersilap ayat yang mana boleh menyinggung perasaan korang, aku hanya sekadar memberikan idea dan sekadar ingin membantu dan masih banyak lagi yang aku perlu di pelajari. Apa yang aku tahu dan faham, aku kongsikan bersama melalui segmen ini.

No. Blog Review Document
1-7 MUAT TURUN DI SINI.
8-14 MUAT TURUN DI SINI.
15-17 MUAT TURUN DI SINI.
18-20 MUAT TURUN DI SINI.
21-24 MUAT TURUN DI SINI.
25-30 MUAT TURUN DI SINI.
31-34 MUAT TURUN DI SINI.
35 - 37 (Etuza, Abe Jaq) MUAT TURUN DI SINI.

Bagi blog yang lain, jika telah selesai, aku akan memasukkan document review di table atas. Yang pasti, blog bernombor 1-7, peringkat ke dua 8-14, dan 15-17, 18-20 aku telah follow blog dan seronok membaca dan melihat blog mereka. Jika ada masalah dan ingin bertanya boleh emel saya di safirulamar@gmail.com.

Friday, November 18, 2016

Senarai Blog Yang Menyertai Segmen

Wah, ramai bloggers yang menyertai segmen review, terima kasih kerana sudi menyertai segmen yang tak seberapa ni, bukan aku nak bermegah megah atau tunjuk pandai, cuma apa yang kurang, aku beritahu dan sekadar menasihati, untuk meningkatkan lagi trafik blog korang juga, rata rata blog yang join,  menjalankan aktiviti perniagaan di blog. Kesemua blog cantik cantik rekabentuk dan widget nya dan tidak semua yang widget cantik itu, sesuai di gunakan.

Aku akan review satu persatu dan follow semua blog yang menyertai segmen ini, Tidak perlu risau, sesi review akan bermula pada 21 November 2016 (Isnin), bermula dari nombor yang di tentukan kan pada senarai di bawah. Berikut adalah senarai blog yang menyertai segmen ini, boleh lah korang semua blogwalkin dan kenal mengenali antara satu sama lain.

Wednesday, November 16, 2016

Segmen Blog Review Safirul Amar

Pertama kali menganjurkan segmen blog review ini, bukan bermaksud aku blogger yang bagus, tujuannya aku buat segmen ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim di alam maya. Bagi sesiapa yang mempunyai blog dan ingin di review, boleh lah menyertai, dan kepada yang menyertai, anda akan di nilai segi rekabentuk blog dan rekaletak susunan. Apa yang sesuai dan apa yang tidak dan mengikut kesesuaian keperluan SEO.

Syarat nya amat mudah, letakkan url blog anda di ruangan komen, aku akan review satu persatu, seringkas yang mungkin.
Setiap url blog yang menyertai, akan aku letakkan di blog list aku. Tiada kontrak. Apa lagi jom la menyertai Segmen Blog Review Safirul Amar . Lupa letak, tarikh tamat untuk menyertai pada 20/11/2016 (Ahad). #sajasaja #sukasuka

Ramai Yang Bertanya Bagaimana

Ramai yang bertanya bagaimana ingin membuat duit melalui blog, menunjukkan rasa minat dan ingin memasuki kelas untuk belajar dengan lebih dalam mengenai blog dan pemasaran internet. Ingin aku ingatkan disini, perkara pertama sekali, perlu lah ada blog. 

Kebanyakkan peserta kursus akan mempunyai semangat berkobar kobar di hari kelas berlangsung sehingga tamat kelas sahaja dan selepas itu, apabila aku follow up kini, blog blog yang telah di bina pada masa itu, hasilnya amatlah mendukacitakan, last posting semuannya pada tarikh terakhir kelas di adakan.Tiada langsung usaha untuk mengemaskini artikel yang terbaru.

Di dalam kelas itu, untuk teknik menjana pendapatan pula, aku menggunakan nuffnang. Salah satu sebab mereka tidak kemaskini blog, ialah sebab tak tahu hendak tulis apa, dan tiada idea. Haha.

Buat blog dan buat duit itu sangat mudah di blog, yang susahnya ialah apabila perlu menulis artikel dan apa pula yang hendak di tulis? Baiklah, yang pertama sekali, kenal pasti apa tujuan kamu ber blog dan untuk apa?. Tidak semua orang boleh menulis dengan sempurna di blog, kadang kadang tetiba banyak idea untuk menulis datang tanpa di undang, tapi bila depan laptop..terus kosong..hilang ke laut semua idea.

Banyak tips tips di google pasal blog boleh di pelajari, cuma mahu atau tidak mahu sahaja. Yang berusaha akan maju, yang malas ketinggalan di telan arus zaman begitu sahaja. Alangkah ruginya jika tidak menggunakan platform yang percuma seperti blog. 

Sunday, November 13, 2016

Tak Dapat Nak Balas

Banyak mesej dan call tak dapat nak balas dan jawab sebab aku demam, selsema dan batuk, di melaka sekarang ni musim hujan. Bukan demam biasa, aku perlu kan rehat secukupnya, mungkin agak letih menguruskan hal hal duniawi dan sementara ini, namun apa perlu buat, selagi kita hidup ini, kalau kita leka dan tidak merebut peluang, kita akan ketinggalan.

Mudah mudahan esok dah sembuh, bosan bila terlantar, ah update blog pun ok juga, kan? Sekarang ni musim demam, ramai orang sakit, apa apa pun syukur masih lagi bernafas.

Friday, November 11, 2016

Tiada Yang Ke Empat Dan Terakhir

Bila tengok cerita rock bro, rasa rindu pula suasana di awal tahun 90 an, segala permandangan suasana di masa itu, tenang dan tiada teknologi smartphone dan gajet. Tahniah kepada pengarah filem Mamat Khalid kerana mengembalikan semula kenangan indah itu.

Bagi episod kali ini yang mana tiada yang keempat dan terakhir, jalan cerita nya mengenai perjalanan sebuah ahli kumpulan rock rimba bara yang berakhir dengan tragedi, tidak macam artis di zaman sekarang, tiada semangat perjuangan dan tiada seni, jika dulu, perjuangan dalam mengembangkan bakat dan muzik rock di utamakan walaupun bayaran yang di perolehi tidak banyak, yang penting kepuasan dalam menyampaikan mesej dan muzik.

Banyak mesej yang cuba nak di sampaikan di dalam cerita ini, tapi tadi ada budak hingusan praktikal bagitahu aku, bang, url download cerita rock bro dan ada, tapi tak jelas gambarnya, abang nak download? Hah..memang kena maki lah jawab nya! aku pun reply balik dengan budak tu, macam mana la orang melayu nak untung, kalau ada orang macam kau! Tolonglah orang kita..apa lah salahnya keluarkan sikit duit pergi tengok wayang.


Thursday, November 10, 2016

Siapa Yang Paling Layak

Dah macam dekat amerika bila tengok di wall facebook, asyik cerita pasal amerika je, sudah tiada lagi cerita pasal cendol mak bedah lah, asam pedas lah, resepi sambal belacan lah, ok lah bagi aku, walau sesiapa pun yang memimpin amerika, dasar mereka dalam mengiktiraf yahudi tetap di perjuangkan habis habisan.

Tapi kalau di ikutkan antara clinton dan trump, siapa yang paling layak, aku rasa clinton, sebab dia lebih 'sopan'. Ahh...pergi lah telokop sama mereka, yang pasti, setiap 2 penggal, bertukar presiden macam mana sekalipun, palestin terus di pijak dan di tindas, yahudi israel tetap di sanjung.

Hanya negara islam sahaja yang boleh bantu negara islam, masalah nya di sini, ada pemimpin lama pula yang spin 360 darjah, menyokong campur tangan luar dalam negara kita. Dulu tak boleh, tapi sekarang boleh! pelik..

5 Tips Untuk Menguatkan Ingatan

Aku menulis berdasarkan pengalaman yang aku lalui dan menjadi amalan seharian, aku nak kongsi kan 5 tips untuk menguatkan ingatan.

Mungkin korang ada petua dan amalan yang lain. Ada tips yang aku perolehi daripada individu individu, seingat aku lah, masa di darjah 6 dahulu, cikgu agama aku ada memberitahu 1 tips ini sebelum aku menduduki peperiksaan iaitu jangan melihat tahi, tapi biasalah, kalau kita amalkan tips tapi dalam masa yang sama, tak membaca buku pun, apa lah gunanya kan.

Mari kita lihat tips untuk menguatkan ingatan. 


Wednesday, November 09, 2016

Memantapkan Lagi Penulisan Dan Teknik

Alang alang dah terlalu banyak sangat whats app group di telefon,  teringin juga nak join atau create sendiri group untuk bloggers, tujuan nya untuk kongsi pengetahuan dan secara tidak langsung, dapat memantapkan lagi penulisan dan teknik teknik menjana wang! Ataupun segala yang berkaitan dengan dunia blog.

Mesti meriah kan, kalau korang ada group invite la aku..hehe, dulu ada orang nak invite tapi jual mahal, Kalau korang ada join atau create group bloggers..roger roger la..nombor telefon aku, ada di bahagian bawah sekali. 

Terima Komisen Affiliate Sweet Muslimah

komisenSWEETMUSLIMAH
Alhamdullillah, aku terima komisen dari program affiliate Sweet Muslimah, terima kasih banyak banyak, dan terima kasih juga lah kepada pengunjung blog, rasanya aku dah disable banner sweet muslimah di ruangan iklan di atas, tapi bila tiba tiba komisen masuk, terus aku enable kan semula banner tu, haha. 

Kepada korang semua yang ingin mencari baju baju gaya muslimah masa kini, boleh lah ke sini.

Banyak design baju baju wanita dan kanak kanak yang menarik, sesuai ,cantik dan terbaik di Sweet Muslimah. Dan harga dan potongan diskaun yang di tawarkan, telah termasuk dengan GST, apa tunggu lagi, dan kenapa perlu membayar lebih, hanya di hujung jari sahaja...Haaa..jangan lepas kan peluang, cepat sebelum stok habis..

Untuk melihat produk produk muslimah, layari Sweet Muslimah your online boutique !
 

Sunday, November 06, 2016

Teknik Nakal Bagaimana Menarik Trafik

Ini adalah teknik nakal bagaimana menarik trafik ke blog, dengan mengumpan ayat ayat yang dapat menarik pengunjung yang tidak 'siuman' mental nya...walaupun artikel kandungan tidak memfokus tajuk yang di nyatakan.

teknik nakal
Keburukannya, akan memberikan imej yang kurang baik kepada blog dan terutamanya kepada blog aku, tidak banyak tajuk sebegini di wujudkan lagi kerana apabila carian seperti cara nak mengintai gadis mandi, mengintai gadis mandi, gadis mandi, secara tidak langsung di carian akan memaparkan blog aku.  Segala galanya boleh di dapati di internet, dari resepi masak memasak, kisah keluarga, anak, kisah suami isteri, perkongsian ilmu dan sebagainya. Segala galanya hanya di hujung jari. Ternyata bloggers kini berpengetahuan luas dan segala kandungan yang di tulis boleh di guna pakai dan lebih berilmiah.

Di blog stats, traffic bagi carian ini, terlalu banyak dan jadilah bloggers yang beretika dan elok penulisan nya, jangan jadi seperti aku, ada pengunjung yang lebih gemar membaca tajuk dari membaca kandungan yang di tulis, dan terus memberikan pandangan dan komen yang tidak enak di dengar.