Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE Biztudung

Saturday, December 10, 2016

Blog Walking Sambil Makan Keropok Lekor

Apa aktiviti dan destinasi mana yang di tuju pada cuti panjang sempena Maulidur rasul 12 disember ini (12 Rabiulawal 1438), 4 hari cuti kan ? Yela cuti panjang , bukan selalu mendapat cuti macam ini, masa ini lah nak gunakan sebaik baiknya dan meluangkan quality time bersama family. Tentang aku ? Alhamdulillah musim exam telah habis, dan sekarang ini tengah berehat sambil Blogwalking ke blog  rakan rakan sambil makan keropok lekor dan menghirup kopi O panas .

Korang tak keluar ke mana mana ke cuti hujung minggu kali ini ? Ermm cuti cuti ni aku nak rehat sahaja di rumah sambil tengok hindustan, sebab penat study tiga (3) paper time exam, dan otak juga penat dan macam nak meletop sebab pening menghabiskan masa membaiki blog aku yang terlalu banyak error seperti crawl, search preferences, dan broken link (remove url).

Ternampak Sesuatu Yang Aneh Tergantung

Setiap kali, aku lalu di kawasan berhampiran kedai ini, macam terpanggil nak makan ke kedai makan tu, macam ada sesuatu yang sedap perlu di rasa di kedai makan tersebut, akhirnya, aku tewas dan pergi makan di situ, keinginan ke situ sangat kuat. Dalam hati berkata, kalau sedap datang lagi, kalau tak sedap, tak payah lah datang lagi.

"4 Simple Steps: How your TGV movie tickets can win you a brand new car this month"

Kali pertama aku datang,  aku memesan mee goreng, dan ternyata sangat sedap dan menyelerakan, dan kali kedua datang di sebelah malam pula, aku cuba makan western food lamb chop, peh! sedap dan terbaik lah! 

Lepas makan, aku panggil kira untuk bayar, dan berjalan terus ke arah kereta, semasa di dalam kereta, aku ternampak sesuatu yang aneh tergantung di pokok betul betul di jalan masuk ke kedai itu. Ada sesuatu berwarna putih tergantung, macam patung pun ada, ah...bersangka baik lah. Entah siapa budak nakal yang gantung patung di situ.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi