Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE Biztudung

Tuesday, December 27, 2016

Melaka Power Nak Mampos

Masa Melaka united di liga FAM lagi aku memang penyokong tegar Johor, dulu seingat aku lah, ada dua jenis pasukan johor..iaitu johor FC dan johor...walaupun anak melaka..tapi aku di besarkan di Johor..sebab kampung aku di segamat johor..bila teringat johor..teringat la kisah di zaman kanak kanak waktu itu..best woo johor..!

Player johor paling aku minat masa tu..namanya rusdi sulong..kalau di selangor rusdi suparman..peh..sampai sekarang minat pasukan johor..antara nama player bola yang aku ingat masa dulu dulu ialah seperti manja man (kedah), mat la mar jan (sabah), hardi jaafar (Melaka), che zambil (kedah)..dan banyak lagi lah, entah kenapa masa nak tulis artikel ni..blur plak..hehe

Sekarang Melaka dah maju dah..tahun depan masuk liga super..akan bersaing bersama sama JDT..Melaka power nak mampos..bak kata penyokong melaka united..haha...walau macamana pun kita bersaudara dan wakil selatan...janganlah taksub sangat dengan pasukan masing masing, walau pun negeri mana yang kau minat...ingatlah kita semua rakyat Malaysia...sikit sikit nak bergaduh, susah lah macam ini..kalau pasukan kau menang besar sekalipun..bukan kau dapat apa apa pun..yang kau dapat...kesan lebam lebam di badan...


PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi