Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Sunday, March 12, 2017

Bila Sudah Menjadi Kebiasaan

Di dalam dunia yang penuh dengan kepalsuan ini, ada berbagai jenis ragam manusia, rambut sama hitam dalam hati lain lain, siapa yang tahu? Tiada siapa yang akan tahu, melainkan Nya…ada orang yang hidupnya kaya, banyak harta, tapi tamak dan sombong, ada yang miskin harta tapi hatinya baik, ada pula yang miskin harta dan ilmu, tapi nampak macam baik dan dalam masa yang sama hidupnya penuh dengan penipuan dan sabotaj, biar miskin harta, jangan miskin ilmu…

Ekonomi yang tidak menentu, ramai yang tidak menggunakan kudrat sepenuhnya pemberiannya seperti mencari pendapatan sampingan seperti berniaga, kerja lebih masa, tapi  orang pemalas ini mengambil jalan singkat dengan cara menipu, mencuri dan dalam masa yang sama, mengadu domba.

Manusia seperti ini kehidupannya tidak bahagia, dan merupakan barah dalam masyarakat, bila sudah biasa dengan menipu dan berbohong…akan menjadi tabiat dan tidak produktif.

Nasihat aku, jauhilah orang seperti ini, semakin maju teknologi sama ada online mahupun fizikal perkakasan, manusia menjadi semakin pelik, bodoh sombong dan penuh dengan penipuan, melalui penipuan yang ketara, dunia bukan lagi tempat yang selesa bagi orang yang jujur..manusia zaman kini, tidak trial and error melalui pengalaman hidup, sebaliknya hanya mengikut akal sempit mereka.

Pemikiran tipikal golongan ‘Miskin ilmu’ ini hidupnya sentiasa bercakap tanpa kajian dan jika berkata pun, bersumberkan pada sesuatu yang tidak sahih…malah, di iyakan tanpa selidik.

Aku mendoakan korang agar sentiasa di lindungi tuhan dari orang orang seperti ini…zaman kini sungguh kompetitif, orang sanggup buat apa sahaja…untuk mendapatkan sesuatu..Bila sudah menjadi kebiasaan iaitu menipu dan berbohong....semuanya menjadi tak kena..bahagia kah orang seperti ini ?

Biar hidup susah...asalkan hati baik dan jujur..itu yang paling penting...niat kita nak bantu dan kasihan dengan mereka, kesudahannya kita yang di tuduh tidak jujur...alahai manusia oh manusia kini..

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.