Safirul Amar Azmi Blog! lazada best Biznes Bakeri rahsia temuduga Website 7 days Baju Muslimah Kanak-kanak

Sunday, March 19, 2017

Perkara Yang Paling Di Takutkan

Perkara yang paling di takutkan sekali ialah bila masuk tahun yang baru..kenapa perlu takut ? bagi aku sebabnya banyak benda yang nak kena bayar dan perbaharui..sebagai contoh bayar road tax kereta, bayar hosting dan domain blog, duit sekolah anak anak,bayar sijil SSM, bayar duit lesen memandu dan sebagainya..haha..memang mengerikan kan  ? blog ini pun bayar bil setiap tahun bagi domain dan hosting je dah lebih kurang RM 100 setahun, income blog ini untuk mencapai bayaran setahun...ermm boleh lah..lepas lepas jugalah nak membayar bil domain dan hosting..

Pernah juga blog ini tiba tiba tidak dapat akses...ingatkan line internet problem..rupa rupanya tak bayar bil domain dan hosting..sampai kena suspended...hehe, baru nak maki telekom..! apa pun semak kembali langganan anda..rancanglah perbelanjaan dan elakkan pembaziran.


Pastikan tiada tunggakan bayaran...sekarang ni ..kalau ada tunggakan je..terus masuk ccris dan ctos..hati hati semua. Baru baru ni..masa aku nak tambah line postpaid digi yang baru..terkejut aku..bila dealer kedai beritahu, yang akaun digi aku ada rekod ctos..kalau nak subscribe line postpaid yang baru..kena jelaskan amaun tertunggak, ingatkan beratus ratus..rupa rupanya sebanyak rm 28 sahaja..ini terjadi sebabnya ialah, masa nak upgrade pelan dari 2 gb ke 10 gb..amaun yang lama masih ada..dan tidak di selesaikan bayaran tersebut..ermm aku mana lah tahu, kan bagus masa nak subscribe.dealer kirakan sekali..alahai..payah lah macam ini..apa pun dah selesai..

Bila semua dah selesai bayar..barulah dapat rehat dan tenang sikit minda, masa kini cepat berlalu, jangan kita terus di buai mimpi..semakin hari semakin mencabar, kita kena cabar diri kita untuk mencuba sesuatu yang baru, bagi menjamin kesenangan hidup dan dalam masa yang sama mengejar akhirat..

Selamat berhari minggu semua..! petang petang hujung minggu ini, makan cenkodok dan kopi o..memang terbaik kan ? jom manfaatkan hari minggu anda...

1 comment:

  1. gara-gara hal kecil je pun blh masuk ccris dan ctos ni kan. nak kena alert dgn benda ni semua

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Duit Dari Internet