Safirul Amar Azmi Blog! Biznes Bakeri rahsia temuduga Website 7 days Baju Muslimah Kanak-kanak

Monday, April 24, 2017

Latihan Animasi 2D

Kesian tengok anak anak masa belajar software adobe flash ni...haha dulu namanya macromedia flash, sekarang dah jadi adobe flash. Sebenarnya, perisian ini, relevan untuk di gunakan pada tahun 2003-2006, dan pada ketika itu, powerpoint pun tak canggih lagi, outdated..! sekarang ini, bagi aku lah, untuk tujuan animasi ringkas 2D boleh lah guna adobe flash ini, tapi kalau nak buat montage, better guna kan powerpoint sahaja. mudah dan cepat..

kelas animasi 2d flash

Pada 23 April 2017 (Ahad), Aku telah di jemput untuk mengajar, anak anak belia di Rembia Alor Gajah Melaka untuk mengajar tentang Animasi 2D, latihan animasi 2D ini, pada awalnya, rata rata peserta semuannya bersemangat dan kental, apa taknya selepas melihat video video contoh seperti di youtube, semuannya tak sabar nak mula! haha..tapi bila masuk fasa development, semua mata peserta peserta dah putih...tak nampak apa! Tapi apa pun, semua peserta dapat menyiapkan tugasan yang di berikan..alhamdulillah! Kalau dengar dan fokus..pasti boleh..

Untuk menjadi animator, perlu ada asas 2D dahulu...antara yang aku ajar semasa kelas ini, ialah motion guide, shape tween, motion tween (classic tween), masking, button, simple action script...

Bila view semula..semakin laju version software ni...dulu masa aku belajar, belum ada CS lagi..versi MX 2004...tapi sekarang,...dah ada CS 4, CS 3, CS 6....wahhh! aku pun pening...nasib baik dapat catch-up sikit sikit....maklumlah, versi yang kita belajar...versi zaman tok kaduk..

Latihan Animasi 2D


Untung budak budak zaman sekarang...baru tingkatan 1,2,4 dah belajar Animasi 2D macam macam.....tahniah semua...! At least...dapat la juga ilmu...yang penting semangat...! Apa pun warga Dun Rembia Alor Gajah memang steady dan terbaik! 


Sunday, April 23, 2017

Masa Kualiti Bersama Anak Anak

masa kualiti bersama anak anak

Seronok apabila melihat anak anak gembira bersama, bermain dan melayan keletah mereka, macam macam ragam dapat di lihat...semalam, bawa anak anak berjalan jalan dan bermain helikopter kawalan jauh di padang lapang, rosak helikopter dibuatnya..apa tak nya, jatuh terhempas di sebabkan bateri kehabisan tenaga....alahai

masa kualiti bersama anak anak
Bila dah lama tak jumpa dan bermain bersama sama anak, apa lagi, macam macam lah cerita dan aksi pelik mereka ceritakan dan cuba untuk tunjukkan....hehe, seronok melihat anak anak kecil bermain...

Hilang sedikit rasa stress di pejabat...anak anak ku, kau lah pengubat hatiku.....kesayanganku dunia dan akhirat...!

Thursday, April 13, 2017

Risau Aku Di Buatnya

Kisah siang tadi 12 April 2017, adalah hari pertama peperiksaan akhir semester bermula, macam biasalah lagi setengah jam nak mula exam, baru lah gegas gerak ke dewan peperiksaan, oleh kerana terhegeh hegeh dan masa pun dah suntuk, aku ambil keputusan untuk menaiki motor...ermm bawa motor best sebenarnya, boleh cilok dan rempit...yang tak bestnya, tiba tiba hujan turun dengan lebat...alahai....risau aku di buatnya, nak patah balik tukar kenderaan, tak sempat, lagipun hujan lebat ni...

ni yang tak best

Duit Dari Internet