Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Friday, June 30, 2017

Akaun Simpanan Emas GAP

Kehidupan sekarang tidak lah seperti kehidupan di masa lalu, segala galanya mahal dan sedar tak kita hidup di zaman inflasi, kalau dulu dengan RM 100.00 penuh satu troli barang kalau kita beli barang dapur, tapi sekarang ada apa dengan nilai RM 100.00 ? memang tidak di nafikan, ramai yang membuat pelaburan jangka pendek dan panjang seperti Amanah saham seperti Simpanan ASB, Tabung Haji ataupun fixed deposit..semuannya bagus dan memberi pulangan sedikit sebanyak.

Semua pelaburan seperti yang di nyatakan itu, aku dah buat, dari apa yang aku lihat..hari ini deposit RM100, minggu depan aku dah keluarkan semula..so, di mana menyimpannya ? itu aku..terpulang kepada masing masing..aku termenung dan berfikir untuk menyimpan emas, harga emas sentiasa berubah ubah setiap hari...walaupun aku terlewat untuk 'menabung' emas di mana sekarang ini 1 gram emas sudah mencecah RM 190 / gram. Tahun 2014 harga emas 1gram baru RM 140, pelaburan emas, untungnya di mana ? bagi aku lah ada dua cara yang menguntungkan...

Wednesday, June 28, 2017

Menu Menarik di The Plated

Selamat hari raya buat korang semua terutama bagi yang membaca blog aku ini, dalam diam tak diam, kita sudah sampai raya ke empat (4) dah! sekejap je masa berlalu...! artikel kali ini, aku nak buat food review...sebab menu nya sungguh sedap dan sesuai bagi pengemar pasta, kambing dan segala yang berkaitan dengan italian dan grilled food! Jom cuba Menu Menarik di The Plated

Restoran yang aku pergi kali ini ialah terletak di IOI City Mall, Putrajaya...nama kedai tu The Plated! sebab apa namanya The Plated...! hah...itu korang kena pergi cuba rasa menu di sana ! baru korang semua tahu keenakan italian food The Plated!

Menu menarik di the plated

Antara Menu Menarik di The Plated yang aku cuba ialah Honey Lamb Chop...harga pun munasabah, satu pinggan tu lebih kurang RM 22.++, dengan kelazatan dan keenakan daging kambing tersebut..sesuai lah dengan harganya! lemak lemak manis...dan semestinya Halal..

Menu Menarik di The Plated
Honey Lamb Chop






                 

Selain dari Honey Lamb Chop..terdapat juga menu enak di The Plated seperti Lasagna, Aneka pasta olio dan semua jenis masakan berasaskan Italy...Kalau korang semua dah berdekatan dengan IOI City Mall ini....singgah le...comfirm korang berpuas hati, aku ni jenis seorang yang cerewet makan, kalau dah sedap! comfirm akan datang lagi! Jom ke The Plated...! cuba Menu Menarik di The Plated..

Harga makanan dan minuman sungguh Reasonable...jom cuba menu menu di The Plated...jom peminat peminat Kambing dan Italian food...

Thursday, June 22, 2017

Tiada Lagi Nuffnang Di Blog

Secara rasminya, aku membuang iklan Nuffnang di blog aku, rasanya buat semak je kot...iklan pun takde, bukan tak pernah dapat income, pernah dapat dua (kali), tapi kali ini, sepi je, demam! Kalau nak di katakan traffic blog menurun, maintain je aku tengok statistik, entah apa yang tidak kena dengan nuffnang ni, mungkin mereka pilih bloggers yang hebat hebat kot...tak apa lah. Ada rezeki aku yang lain, lepas buang iklan nuffnang ni, rasa 'bebas' dan tidak ternanti nanti macam orang gila bayang...haha.

Cukuplah aku sekadar berkongsi ilmu dan pengalaman hidup di dalam blog ini, apa yang penting, aku happy sangat bila orang ramai dapat manfaat dari apa yang terkandung di dalam blog ini. Sebenarnya, banyak yang nuffnang dapat kelebihan bila bloggers mem'branding'kan jenama mereka...yelah walaupun pendaftaran percuma, at least jangan lah sepi je...

Ok, nuffnang..terima kasih kerana menjadi peneman setia sejak dari aku berblog pada tahun 2007 lagi..banyak membantu khususnya dari segi tambahan pendapatan walaupun sen...rasa seronok dulu masa iklan banyak masuk dan lagi seronok bila dapat upgrade ke CPUV..wah ! hehe, tiada lagi Nuffnang di blog aku...! hehe

Terima kasih...tidak terhingga. All the best!

Wednesday, June 21, 2017

Gold Accumulation Program

Aku hampir terlupa, yang aku ada blog, agak terlalu lama tak jengah blog sendiri..tiba tiba rindu pula dengan blog aku ni..itupun masa tengah google nak dapatkan maklumat, tiba tiba tertekan blog aku sendiri, haha..aku rasa maklumat di blog ini tepat..sekali, bila aku tekan...eh macam kenal lah! haha rupa rupanya blog gua sendiri...baik! 

Kenapa lama tak update blog ? jawapannya..tengah mencari kaedah pelaburan jangka panjang yang boleh memberi keuntungan, pelaburan yang aku ceburi baru baru ini, walaupun agak 'terlewat',tapi amat berbaloi..serius. Apa taknya, korang bayangkan lah, pada tahun 2010-2011, nilai emas 1 gram=RM 123 lebih kurang macam tu lah, pada tahun 2017, nilai emas 1 gram=RM 191 lebih kurang.., Aku telah mewujudkan akaun simpanan emas di public gold, melalui Gold Accumulation Program (GAP), dan menukar wang kertas kepada fizikal gold (emas), antara sebab sebab aku join Gold Accumulation Program (GAP) ini ialah,

1) Bila masa gaji, duit kertas selalu hilang, sampai masa belum sampai hujung bulan dah pokai. (elakkan kebocoran wang).
2) Zaman sekarang, zaman inflasi, di mana harga barang makin naik tak turun turun, tapi pendapatan macam tu juga.
3) Nilai emas berubah rubah, dan di jangka akan meningkat sebanyak RM 500 se gram.
4) Boleh buat simpanan emas untuk diri sendiri atau untuk anak anak.
5) Senang nak buat pinjaman di masa masa sesak.
6) Boleh mengumpul emas fizikal dengan ketulenan 999.9 (24 k).
7) Pembelian minimum RM 100.
8) Tiada yuran simpanan

Mudah dan ringkas sahaja, hanya serendah RM 100, anda akan mendapat akaun simpanan emas (Gold Accumulation Program), dan dengan hanya RM 100, anda akan memperolehi nilai gram sebanyak 0.5 iaitu setengah gram. wah..itu kalau konsisten setiap bulan menyimpan sebanyak 0.5 gram setahun dah berapa ? Contoh, kalau menyimpan secara konsisten, iaitu sebanyak 0.5 gram sebulan, dan jika dalam setahun 0.5 x 12 bulan, dalam masa setahun anda akan menyimpan sebanyak 6 gram setahun, dan jika anda menyimpan selama 17 tahun anda akan memperolehi nilai gram sebanyak 6 gram x 17 tahun = 102 gram.