Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Friday, June 30, 2017

Akaun Simpanan Emas GAP

Kehidupan sekarang tidak lah seperti kehidupan di masa lalu, segala galanya mahal dan sedar tak kita hidup di zaman inflasi, kalau dulu dengan RM 100.00 penuh satu troli barang kalau kita beli barang dapur, tapi sekarang ada apa dengan nilai RM 100.00 ? memang tidak di nafikan, ramai yang membuat pelaburan jangka pendek dan panjang seperti Amanah saham seperti Simpanan ASB, Tabung Haji ataupun fixed deposit..semuannya bagus dan memberi pulangan sedikit sebanyak.

Semua pelaburan seperti yang di nyatakan itu, aku dah buat, dari apa yang aku lihat..hari ini deposit RM100, minggu depan aku dah keluarkan semula..so, di mana menyimpannya ? itu aku..terpulang kepada masing masing..aku termenung dan berfikir untuk menyimpan emas, harga emas sentiasa berubah ubah setiap hari...walaupun aku terlewat untuk 'menabung' emas di mana sekarang ini 1 gram emas sudah mencecah RM 190 / gram. Tahun 2014 harga emas 1gram baru RM 140, pelaburan emas, untungnya di mana ? bagi aku lah ada dua cara yang menguntungkan...

1) Pelaburan Jangka Panjang
2) Menjadi Dealer (Introducer) kepada syarikat gold
3) Mengeluarkan emas fizikal dan jual pada harga runcit.

Akaun Simpanan Emas Public Gold
Sejak berkecimpung di dalam pelaburan emas ini, kehidupan menjadi bertambah ceria..apa taknya..10 % dari simpanan, aku dah laburkan ke dalam Akaun Simpanan Emas Public Gold (GAP), jika ada duit terlebih, aku boleh menambah gram pada bila bila masa dalam tempoh 24 jam, dan menjual pada harga runcit dan dalam masa yang sama mengikuti pasaran harga emas setiap hari.

Boleh dapatkan wang di masa masa 'sesak' dengan ke pajak gadai Ar Rahnu...wow! Program simpanan emas ini di namakan Gold Accumulation Program atau nama lain GAP, GAP bertujuan  memudahkan anda menyimpan atau membeli emas dengan modal yang kecil, dengan menyertai GAP ini, anda akan boleh :

1) Mengumpulkan emas fizikal dengan modal yang rendah.
2) Mengeluarkan emas fizikal jika sudah melepasi 1gram..
3) Boleh buat akaun simpanan anak anak atau diri sendiri..

Berapa modal atau kos untuk mewujudkan akaun simpanan emas GAP ini ? berapa ? Jawapannya ialah hanya serendah RM 100 minimum, anda akan memperolehi 0.5 gram..dan jika anda konsisten menyimpan setiap bulan 0.5 gram, setahun anda telah ada sebanyak 6 gram..wow...! boleh baca lebih detail pasal GAP ini di SINI

Bila ada duit kertas je habis, hilang ke mana, aku pun tak tahu...tengah bulan dah pening kepala, kali ini aku deposit wang sebanyak 10 % dari pendapatan kedalam akaun emas. Tak apalah, sikit sikit lama lama jadi bukit kan ? 

Kalau korang semua berminat boleh hubungi aku di 016 6474201, mulakan cepat sementara harga emas tengah turun ni...jangan sampai dah naik mendadak, baru nak sertai! comfirm tak rugi join GAP ini..

Simpanan Emas GAP
Jom elakkan kebocoran Wang Kertas...

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.