Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Wednesday, July 19, 2017

Pembaziran yang tiada penghujung

Agensi kerajaan, pemimpin, ketua kampung selalu kata jimat cermat, dan jangan membazir, bila sebut pasal penjimatan, bukan tertumpu kepada wang ringgit semata mata sahaja, malah boleh juga di rujuk kepada masa, banyak inisiatif di lakukan untuk penjimatan, itu inisiatif, tapi pelaksanaan ke arah itu ? aku tak nampak ciri ciri nya...korang punya pandangan ? Dari segi penjimatan masa, mungkin boleh mewujudkan suatu sistem ICT yang mana boleh menjimatkan kos, masa dan kurangkan karenah birokrasi.

Aku tolak tepi dahulu kisah pemimpin atasan ataupun pihak kerajaan, mereka semua tiada dalam topik aku kali ini..aku pergi pada yang kecil dahulu iaitu agensi, di mana tempat aku, kau, dia, semua cari rezeki makan gaji untuk di beri makan pada anak bini di rumah. Memang tak di nafikan banyak langkah langkah dan usaha penjimatan, banyak garis panduan, polisi baru, poster kesedaran, kempen, di lakukan, nampak ada sedikit penjimatan..tahniah!

Sepatutnya penjimatan ini berterusan, tapi, yang membuat aku memandang semakin teruk sesuatu agensi itu, apabila, selepas penjimatan, wujud pula pembaziran melampau, pembaziran dengan melantik atau memilih lokasi mesyuarat, dinner, atau apa apa la di lokasi yang mewah, alasan setahun sekali lah, alasan untuk penghargaan la itu lah dan adakah itu penjimatan yang berterusan ?
Jika tiada impak dari pembaziran itu tak apa lah juga, tapi jangan lah pula di sebabkan pembaziran itu, di potong nya elaun, elaun lebih masa anggota sudahlah! itu yang kita tidak mahu. 

Selepas itu, terlalu mengikut protokol dan karenah birokrasi yang menyusahkan dan terdapat pembaziran. Sebagai sebuah agensi yang mengambil profit melalui pelbagai cukai, kompaun, dan sebagainya, sebenarnya mampu lebih banyak wang dan mengawal aliran tunai dari kebocoran.

Elakkan lah pembaziran jangan lah pula, di saat kritikal baru nak jimat dan buat paper work kenaikan kos dan mohon bantuan pinjaman. Pembaziran akan membawa kepada kesusahan, penyesalan dan kemusnahan. Sekadar pandangan aku sahaja. Tiada penyelesaian, dan pembaziran yang tiada  penghujung. Bila sudah habis wang, baru menyesal.


1 comment:

  1. Ada benarnya.
    Samalah kot agensi yang di sini sana situ.

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.