Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE

Sunday, July 02, 2017

Tayar Motor Bocor

Petang raya, tiba tiba tayar motor skuter kesayangan bocor kena paku panjang, adui..hilang mood aku nak beraya, namun apa nak di katakan, tinggalkan lah sekejap berberapa hari sebab tak sabar nak pulang beraya ke rumah mak ayah di kampung. Selepas selesai beraya, aku pun cuba hubungi bengkel untuk datang rumah baiki tayar bocor skuter aku...cakap je berapa aku bayar, asalkan berpatutan lah kan...taman perumahan yang aku duduk ni bukan main jauh lagi kalau nak sampai simpang jalan, lebih kurang 3-4 kilometer, nak bawa motor takut jahanam pula tayar, apetah lagi nak menolak, tak larat lah aku....erm, tiada jalan lain, kena minta pomen datang betulkan juga...maklumlah, tak lama lagi nak start kerja semula, motor ni lah nyawa aku, naik motor senang, mudah dan cepat, jimat lagi!kalau bawa kereta..alamatnya tak sampai office lah ! Melaka kan banyak traffic light...sebatang jalan 1km je, ada 3 traffic light..entah apa apa lah! 

Nasib baik ada satu bengkel india sudi bantu, tips kalau tayar motor bocor...katanya, jangan cabut paku yang termasuk dalam tayar, biarkan je..pomen india tu, beri aku pam dan suruh aku pam tayar..alhamdulillah, selepas pam angin tayar, aku ke bengkel motor india tu...dan tak sampai 10 minit.selesai satu masalah..! Lega...

Sebelum call pomen india tu, aku ada call pomen melayu, kata nya boleh datang..dan sampai ke sudah tak datang rumah...aku pun tak faham, kalau tak boleh cakap jelah tak boleh, terus terang kan senang, jangan lah buat orang ternanti nanti..aku faham, sebab hari raya kan, dan bila call, cakap kedai dah buka dan boleh datang....at least reply la mesej kalau tak boleh pun..ataupun beri tips macam pomen india tu kata..jangan cabut paku dan cuba pam angin tayar..

Boleh baca kisah lain pasal motor di sini

Apa pun, kita sebagai rakyat Malaysia janganlah terlalu tipikal sangat, dan kita semua terdiri pelbagai kaum dan saling bergantung antara satu sama lain, pedulikan kata kata orang yang bersifat rasis, support melayu lah, itu la ini lah..bukan taknak support..tapi lihatlah perkhidmatan seperti ini, siapa yang boleh tahan ?

India, Melayu, Cina semuanya baik baik dan menghormati antara satu sama lain, bantu membantu antara kaum amalan mulia dan di galakkan untuk kesejahteraan hidup..buang sifat sifat kebencian, sentimen politik melampau dan sebagainya yang mana boleh menjejaskan hubungan harmoni antara kaum.

1 comment:

  1. setuju dgn Saf..apap2 pun Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi