Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Sunday, August 27, 2017

Demi Sesuap Nasi

11 Tahun kerja sebagai Web Designer, memang sungguh mencabar, berbagai bagai karenah dan ragam client, tekanan jiwa, runsing, kemurungan dibuatnya bila mengadap client yang tak faham bahasa dan menyusahkan, tapi apa nak buat, demi sesuap nasi, biarlah ku hadap perlahan lahan. Kadang kadang rasa macam dah tak sanggup dah nak hadap semua ni,  di pendekkan cerita, lari dari bidang sebagai designer, nak kerja yang selain dari designer...tapi bila aku fikir balik, rasa macam tak berbaloi  lak...yelah belajar sampai diploma dan degree, akhirnya sia sia belajar selama ini, skill pun mati...ermm..

Pengalaman mematangkan diri aku...dan selepas ini, kena fikir dua kali untuk terima job dan melalui dokumen perjanjian hitam putih..barulah lebih terjamin, jika rasa tidak berbaloi pendapatan dengan hasil kerja, tinggalkan sahaja! baik fikir diri sendiri, penat dah asyik fikir hati dan perasaan orang lain je.

Baru baru ni, ada client sent artikel bentuk imej (gambar) yang di ambil dari google, aku jadi lebih stress bila terpaksa buat kerja dua kali, deadline nak cepat..tapi menyusahkan, semua kerja , client ambil mudah...bayar pun tak seberapa. alahai..

Bercakap memang mudah, semuanya indah...tapi yang seksanya adalah AKU...tapi apa nak buat...suka atau tak suka, terima lah sahaja, itulah lumrah pekerjaan sebagai designer.  Bila kau punya design resolution besar, client pula hantar gambar melalui whats app ...silap silap kau jadi gila...haha

Kadang kadang nak tergelak pun ada, macam macam karenah client aku dah jumpa, ada yang dari background IT, bila sent data...macam orang takde otak, tak macam orang faham IT...

Aku yakin, masalah masalah seperti ini banyak yang terjadi kepada sesiapa yang bergelar designer, last word dari aku...SABAR  dan pengakhirannya pasti akan ada kebahagiaan nya di situ. 

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.