Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE BELI DAN DAPAT DISKAUN SKYTECH CREATIVE

Monday, August 28, 2017

Penantian Suatu Penyeksaan

Semua tak suka lambat dan benci bila berhadapan situasi yang lembab apabila berada di situasi kecemasan, bila kita nak cepat, orang lain pula terhegeh hegeh , bukan manusia juga yang bermacam macam karenah, mesin atau teknologi juga 'buat perangai'.

Kalau kat Melaka, orang luar yang datang ke Melaka, pasti mengalami kemurungan apabila terpaksa berhadapan banyak lampu isyarat di sepanjang 1 KM. Boleh di katakan secara purata sepanjang 1 KM, ada 3 lampu isyarat...lepas tu, terpaksa menunggu lama 180 saat, itu tak apa lah juga, bila time jalan lampu hijau, hanya 20 detik je...ape bende le ni, aku orang melaka, dah biasa menghadap situasi begini, sabar je lah. Tu sebab, naik motor lebih selesa, boleh cilok cilok. 

Sebagai orang IT di syarikat, kadang kadang kerja tak tentu masa, kadang kadang client nak data cepat, lepas tu bos, nak data itu segera...bagi aku tiada masalah untuk menyerahkan waktu yang sama, cuma apabila nak emel atau nak sent data, windows update lah, software license expired lah....peh! memang saat yang paling aku tak suka, kenapa lah tak update semalam ke dua hari lepas ke...nak juga update time kritikal.

Lambat memang menyeksakan......itu sebab ada lagu Penantian suatu penyeksaan by Febian. haha

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi