Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE Biznes Bakeri SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Sunday, August 20, 2017

Sangat Tidak Di Perlukan

Betapa canggihnya teknologi kini, penyebaran berita menjadi cepat tersebar, dalam diam diam, musuh dalam selimut yang kita sangka kan kawan baik telah menjadi parasit yang tidak di undang, nasihat aku, buang terus mereka dari media media sosial kepunyaan peribadi. Mereka ini sangat tidak di perlukan dan tidak layak wujud di dalam social life network kita.

Sudah kah anda kenal pasti kawan yang anda accept d facebook ? atau sekadar accept membuta tuli ? peduli kan kata orang dan sikap jaga hati...baik korang amalkan sikap 'pentingkan diri sendiri'. Jangan esok dah 'terkena' baru nak menyesal. Kadang kadang, kita tak tahu dan susah nak baca isi hati orang,  nampak macam baik, tapi jauh di lubuk hati rakan itu, terdapat perasaan cemburu iri hati dan sifat dengki pada kita. Yang nak menjatuhkan kita sebenarnya ramai...

Cuba minimum kan bilangan nombor rakan rakan yang korang accept kan di facebook, silent reader tu korang boleh buang, sebab tiada manfaat pun..melainkan jika selalu memberikan 'like', komen dan pandangan. Haha hari ini, dari 220 jumlah rakan aku di facebook, kini, dah jadi 195, berkemungkinan akan jadi lebih rendah lagi..masih di dalam peringkat tapisan dan identification. hehe

Buang mana yang tak perlu, tak perlu simpan. Bukan merugikan, malah menguntungkan. Biarlah orang nak kata kita sombong, yang nak hidup tu kita, mereka tu semua bukan beri kita makan pun, so, pedulikan orang orang macam ini. Ada tak menambah, 'takde' tak kurang.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.