Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Tuesday, September 26, 2017

Gurau Sikit Pun Tak Boleh

Haritu semasa pulang dari kerja, ketika dalam perjalanan, ternampak anjing tengah melepak di tepi jalan, fikiran aku takde fikir apa apa, cuma fikir macam mana nak selesaikan isu coding error system yang di bangunkan...pening kepala memikirkan. 

Macam best je anjing tu melepak sambil pandang kiri kanan, bila sampai je dekat dengan anjing tu, tiba tiba dia pandang aku, macam nak ajak berbual, sekali....nah kau! dia mengamuk bangun terus kejar aku...aku bawa skuter, nampak macam laju, padahal semput....nak speed pun ambil masa...nasib baik anjing tu tak dapat gigit aku... 

Anjing tu macam dendam dengan aku dah lama...orang kata dah memang 'EM' lama.....apa taknya, setiap kali aku lalu depan anjing tu, aku tekan hon lepas tu pandang 'sleck', hampir setiap hari waktu petang, dia terperanjat...haha..saja je menyakat, sebab hari hari anjing tu akan landing kat area situ. 

di kejar anjing

Haiwan pun ada perasaan, ini kan manusia, kalau nak bergurau biarlah berpada pada...jangan keterlaluan, apa pun, sebab apa, aku hon anjing tu, bukan niat nak menyakat sebenarnya, tapi sebab nak dia sedar supaya jangan melintas, karang eksiden siapa nak menjawab...jangan main main.ala, nak gurau gurau sikit pun tak boleh!

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.