Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Friday, September 29, 2017

Kenapa Perlu Kedekut

Pelik dengan sikap peniaga yang terlalu berkira (kedekut) terutamanya bila bercerita nak kembangkan perniagaan mereka supaya lebih berdaya saing dan bertahan lama. Sebenarnya perkara ini sudah lama berlaku, dan yang terbaru, dapat lagi panggilan dari peniaga, katanya nak buat iklan burger bergerak gerak (ala ala video animated) macam iklan iklan syarikat franchise buat , dan letakkan di facebook, blog atau dan sebagainya yang patut di letak.

Kata nya lagi, nak buat gempak sama, siap tunjuk lagi contoh contoh, oh....demand macam macam, aku dengar je la sampai habis dia cakap, dan aku tunjukkan contoh contoh yang aku telah buat....sebenarnya boleh guna pelbagai option samaada guna perisian video, photoshop (animation timeline) dan boleh je guna Adobe Flash. Cuma satu je aku minta...beri gambar gambar dan teks berkaitan yang di sajikan lah di kedainya lah! (itu belum lagi gambar peniaga tu sent guna whats app).

Bersemangat peniaga tu bercakap.......nak itu, nak ini, suasana senyap sekejap, aku pun minum air...dan lepas minum , aku pun mula bercakap, boleh buat! dan bagi masa seminggu untuk siapkan, dan harga nya ? ..........heee, RM 600. dan selepas tawar menawar, last RM 350.

Peniaga tu setuju dan dalam masa yang sama, katanya akan hantar gambar menu dalam masa yang terdekat, dan sampai ke sekarang..senyap dan langsung tak berbunyi. Macam dalam gua....senyap sunyi, menunjukkan tanda tak berminat..hehe


Apa pun, aku ucapkan tahniah lah juga, sebab ada semangat dan inisiatif nak lakukan itu, lakukan ini, dan yang sedihnya, mahu perniagaan maju, tapi kedekut...aku pun berniaga juga, ingat mudah ke buat ini semua....kena sengkang mata tak tidur malam semata mata nak siapkan order, idea lagi....penat badan menghadap komputer..

Aku pun, bayar kos diploma multimedia dan degree IT, itu juga pelaburan aku, semata mata untuk meningkatkan taraf hidup kepada yang lebih baik....dengan harga yang aku beri tu reasonable lah...kenapa perlu kedekut buat pelaburan, jika mahu perniagaan berjaya....tak faham aku lah! Bukan aku 'menekan' harga, kalau nak ikutkan, aku boleh charge lebih dari itu. Kalau tak cukup duit atau tiada bajet dan tak puas hati harga, beritahu dan boleh bincang...kalau bajet RM 5.00, dapatlah output bernilai RM 5.00.

Takkan lah, aku nak bagi harga RM 5.00 - RM 15.00, tak berbaloi kerja brother , penat siang malam, melayan karenah client, bayar design sikit, nak output macam harga RM 20,000, tak boleh lah macam tu brother

Traveloka dan zalora pun bayar RM 300 - RM 600, itu untuk posting artikel je tu....belum lagi nak minta buat animation dan video....ermm. Penat asyik bertekak dengan client je...buat sendiri lah senang, baru tahu susah macam mana...cakap memang mudah, ala..tak guna modal, guna otak je...erm, aku nak tengok kau guna otak buat design, buat video, buat animation, perah idea, tak tidur malam, tak makan, tak minum...aku nak tengok..yang cakap kosong ni semua, mampu tak ?

Pernah deal design conceptual 3D design architectural, RM 700 untuk 5 design, padahal harga sepatutnya  RM 2500 - RM 3500 .  Itu Conceptual Architectural  3D je ....

1 comment:

  1. Mungkin masih baru kot. So dia mcm rasa mahal. dia tak faham lagi struggle buat design acaner.

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.