Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Wednesday, September 27, 2017

Kursus Joomla Bagi Penjawat Awam

Pada 18-19 September 2017, aku telah di jemput untuk mengajar subjek Joomla, untuk penjawat awam di MITC, Melaka,  kelas yang berlangsung selama 2 hari ini, berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah, dan rata rata semua peserta berjaya membina website mereka sendiri. Alhamdulillah...

Antara topik yang aku ajar ialah seperti installation joomla, fix error database loading, add article, create menus & submenu , CSS, edit templates, installation plug in, setup layout preview module position, module dan component dan banyak lagi lah.

Sebenarnya tersangat lah mudah nak bina sebuah laman web, tak sampai 15 minit pun, hanya semudah makan kacang, yang penting fokus dan bijak ambil peluang yang terhidang (jika terdapat kursus sebegini), ayuh sertai..

Kelas Joomla untuk penjawat awam


Kelas Joomla untuk penjawat awam
Sebenarnya, aku dah 1-2 tahun lebih, tak aktif dengan aktiviti melibatkan joomla ni, jadinya, hampir hampir lupa.., tapi bila aku mengajar, dapatlah refresh semula, seingat aku lah...masa aku berjinak jinak dengan joomla ni, masa era versi 2.5 lagi....

Tapi topik yang kena ajar kali ini, untuk versi 3.7.5..aduhai...takpe yang penting confident! confident level kena tinggi..haha.
Kelas Joomla untuk penjawat awam
Nampak tak tu, gambar masa mengajar...yang datang pun kebanyakkannya staff IT jabatan dari pelbagai agensi, atleast dengan ilmu joomla yang di perolehi di kelas ini, boleh lah pelbagaikan web sistem di agensi masing masing... ada banyak platform boleh digunakan...seperti Drupal,wordpress..

Tapi aku rasa...joomla lebih friendly kot....banyak extensions pula tu...kalau korang yang nak hadir kelas seperti joomla macam dalam gambar....boleh whats app aku di  016 6474201, mana lah tahu, bos korang minta buat website ke apa ke kan, boleh minta hadir kelas...hehe....

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.