Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Wednesday, September 27, 2017

Niat Baik Di Salah Erti

Aku memang dari dulu suka bantu orang, dan tak mengharapkan sebarang balasan,bukan nak mengungkit, tapi itu lah hakikatnya bagi sesiapa yang kenal aku,  mereka tahulah aku macamana, banyak peniaga peniaga kecil kecilan yang aku bantu, bukan dengan wang ringgit, tapi permudahkan urusan mereka, yang mudah jangan di susahkan. 

Kebetulan, aku ada ramai kawan di agensi agensi kerajaan, senanglah nak berurusan tanpa birokrasi. Yang penting...semua urusan selesai. 

Sebenarnya banyak perkara boleh di selesaikan secara baik, kalau kena dengan caranya..kalau kita bantu dan permudahkan urusan orang, inshallah Allah akan permudahkan urusan kita kelak. Percayalah.

Tapi malangnya..ada mulut mulut jahat yang menuduh aku menerima sesuatu lah, makan komisyen la, itulah..apa nak di cakapkan lagi, niat kita ikhlas..biarlah apa orang nak kata...mulut orang tak boleh tutup, cakap lah apa nak cakap..yang penting aku puas dengan apa aku lakukan, bukan nya nak menjadi ahli politik, jauh sekali..cuma apa yang aku minta orang yang aku bantu..doakan agar aku sentiasa di murahkan rezeki. Amin

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.