Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Wednesday, September 27, 2017

Perlawanan Bola Liga Super

Salam semua dan selamat sejahtera, hari ini 29/07/2017 ada perlawanan bola sepak liga super di mana Melaka united akan menentang Selangor, ermm ikutkan hati malas nak tengok sebab sakit hati bila tengok bola, rasa macam nak kena sakit jantung, bila player tak score bila depan ada peluang..ending nya mesti kalah, tapi apa nak di katakan, itulah perlawanan, ada menang dan ada kalah. Tapi yang tak tahan nya, mandang kalah je...haha.

Aku tak minat bola, tapi sebab ada orang sponsor tiket bola liga super percuma, aku datang tengok la, apa lagi, aku datang stadium lah, bukan apa, untuk santai santai dan merehatkan minda...sekali sekala kena reward diri dengan aktiviti riadah macam ini, asyik sibuk kerja je..sampaikan takde masa untuk diri sendiri.

Pergi kerja pagi, balik malam, lepas tu rehat, tidur, esok pergi kerja lagi...seperti biasa. Langsung tiada masa nak rehat kan diri...asal balik rumah je stress...

bola_ligasuper

Suka tengok amri yahya main bola,berbanding dengan player Melaka yang terhegeh hegeh, entah apa yang dia buat atas padang... asyik buat mistake yang sama je...ya, cakap memang senang, jadi penyokong tak sama macam jadi player atas padang....tapi, dah itu pekerjaan player, kena lah kerja keras, penyokong taknak hampa, at least ada saingan dan ada game, bukan macam nak taknak je main. Ultras penat menyanyi menyokong, sampai kan lagu MAIN MACAM HANJING, (begitu lah lirik nya) semua ayat keluar haha, itu aku no comment, sebab mereka (ultras) mungkin ada sebab mereka tersendiri, hahaha, ternyata mereka kecewa dengan perlawanan melaka di khususnya perlawanan di liga super.

Apa apa pun, tetap sokong chelsea dan ac milan, walau apa pun terjadi, dan kalau kau orang nak cakap, aku tak support liga tempatan, aku sokong dan pilih, Selangor dan JDT, sebab team jdt ada STYLE..haha.

Baru baru ini, rasa macam bersemangat nak update blog, sebab yang sebenarnya...baru lepas renew domain dan hosting, ada benda yang nak share dan untuk rujukan aku nanti....tu sebab aku update, kalau lupa nanti boleh cari semula...hari semakin bertukar hari, tahun bertukar tahun, umur semakin meningkat...ke 33 tahun, banyak benda nak fikir...lagi banyak fikir lagi banyak lupa...baik abadikan di blog, untuk semakan kembali....hihi

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.