Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Tuesday, October 31, 2017

Bengkel Membina Laman Web Joomla 3

Tahniah kepada peserta yang hadir ke bengkel membina laman web pada 29 Oktober 2017 (Ahad), bertempat di UTC, Jalan Hang Mall, Bandar Melaka, program ini adalah inisiatif dari kerajaan Negeri Melaka di bawah program eMelaka - K-Ekonomi, Jabatan Ketua Menteri Melaka...percuma dan tidak perlu bayar...

Program ini berlangsung selama 1 hari, peserta di dedahkan dengan sedikit ilmu dari aku berkenaan joomla dan juga di ajar untuk installation apache dan joomla, membina menu, membina artikel, belajar bagaimana untuk preview modul positions, installation templates, memasukkan gajet module dan plug ins, dan banyak lagi yang di pelajari...alhamdulillah rata rata peserta faham apa yang aku sampaikan...

Joomla sebenarnya mudah...dan untuk membina website hanyalah semudah makan kacang...yang penting kena sentiasa praktis dan sentiasa trial and error (mencuba)

Bengkel Membina Laman Web Joomla

Sebenarnya ini adalah kursus bagi siri yang ke dua....dan terima kasih kepada peserta peserta kerana sudi meluangkan masa untuk mempelajari ilmu yang bermanfaat...bukan mudah untuk menghadirkan diri terutamanya di waktu hujung minggu...namun jika di fikir kan kembali , baik hadirkan diri...sebab apa? sebab program yang di laksanakan di program eMelaka semuannya percuma...dan tidak perlu bayar satu sen pun..

Bengkel Membina Laman Web Joomla

Zaman kini zaman teknologi...zaman inflasi, zaman 'kesusahan' , semua barang harga naik...mungkin dengan sedikit ilmu yang di perolehi di program eMelaka ini...akan dapat membantu meningkatkan pendapatan dan kos sara hidup anda, belajar lah dan tuntutlah ilmu...tanpa ilmu, kehidupan kita akan semakin susah dan ketinggalan ke belakang...itulah pengertian K-Ekonomi...yang membawa maksud Knowledge - Economy....gunakan lah ilmu pengetahuan untuk menjana ekonomi pendapatan....pasti ada jalan...

2 comments:

  1. wah...insya-Allah jika tahun depan ada program lagi macam ni, saya join =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah...jika ada umur yg panjang....dan jika mendapat tawaran mengajar....utk course ini.

      Delete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.