Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Monday, October 16, 2017

Bulan Yang Sukar Dan Mencabar

Dalam banyak banyak bulan sepanjang tahun 2017 ni, bulan 10 lah yang paling mencabar rasanya...sebab apa mencabar ?  gaji masuk awal kan,  sebab raya deepavali, dan untuk next gaji kena tunggu 44 hari....wah! memang lama tu...biasa nya lah, kalau ikutkan pengalaman masa makan gaji ..gaji biasa nya akan masuk setiap 25 haribulan setiap bulan, dan rutin aku bila hari pertama dapat gaji, selesai kan hutang dulu, contoh hutang kereta, duit anak, bil telefon, duit dapur, bil air, bil api, bila hutang dah selesai, baru dapat gaji bersih...yang part gaji bersih ni..ada sedih sikit lah...haaa

Dalam tempoh 6 hari bermula dari 25 hb hingga ke 1 hb awal bulan yang seterusnya, biasanya...baki dari gaji yang ada...dah tinggal paras paras hidung (nazak)...ermm itu biasa lah. Itu tak masuk lagi kereta kena service, tayar meletup bila on the road, bateri kereta 'kong', anak sakit..hee....itulah kehidupan..semakin hari semakin mencabar..kita kini hidup di zaman inflasi..harga barang dan bil utiliti meningkat melebihi pendapatan, naik tak turun turun.
Terseksa sedikit bulan ni.....sebab akaun bank  syarikat pula, tiba tiba kena terminate, so kena create akaun bank lain yang baru...itupun atleast kena standby deposit RM 2000.00 depend pada bank. Kalau maybank cam tu harganya....alahai...akaun bank kena prepare juga, sebab kalau dapat job, nanti senang nak cheque deposit...kena ada syarikat....dan bank akaun. penting lah juga akaun bank syarikat ni..

Dah tu...roadtax kereta aku pula mati...ermm.....bulan ni...aduhai. bertabah lah...nak jimat jimat pun, kalau jimat gila gila kat makan, tapi untuk part yang lain pula, kena standby juga....mungkin memerlukan tunai dan kena baiki!..apa pun, ini semua kifarah....ermm, terpaksalah harapkan duit dari blog dan nuffnang....kena kerja keras update artikel. hehe

Kalau di fikirkan kesusahan yang kita alami...aku fikir ini mungkin tuhan menguji aku sebagai hambanya..dan ada lagi, orang yang lebih susah dari aku...itu realiti kehidupan.

1 comment:

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.