Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Thursday, October 26, 2017

Hati Hati Dengan Scammer Online

Terkejut aku dapat panggilan pagi ini, dari IPD polis putrajaya dan IPD polis timur laut pulau pinang, kata nya, aku salah seorang suspek langgar lari...yang menyewa kereta bernombor flat pendaftaran WLA 7966. Lepas tu, kata nya (Sarjan Lim), kereta yang langgar lari tu, telah dapat trace di sebuah rumah tempat pemprosesan dadah....dan dadah seberat 3 kilo telah di jumpai di dalam rumah tu.

Aku punya IC dan ATM kad bank telah di jumpai di rumah tu....aku risau dan panik, lepas tu 'sarjan lim' ni transfer talian ke IPD timur laut pulau pinang pula...untuk ambil statement sebelum keluar waran tangkap..katanya aku dah tiada harapan lagi...

Hampir 2 jam, 'sarjan sarjan' ni call aku....aku sedih dan cuba jujur beri statement, seperti telur di hujung tanduk..aku pun pelik, dari satu kes, dah jadi sampai 3 kes..langgar lari, dadah, dan pengubahan wang haram.

Seboleh boleh, sarjan ni nak suruh aku ke pulau pinang....katanya untuk memudahkan dan memberikan kerjasama...aku telah di tuduh memyewa kereta bernombor flat WLA 7966 , toyota vios warna putih, pada tarikh 22 Oktober 2017, di jalan Macalister, georgetown pulau pinang....pada pukul 11.30 Malam....padahal pada tarikh yang sama, aku kat rumah tengah masak meggi.

Aku pening, sedih..dan konfius dan berkemungkinan, maklumat aku telah di salah guna oleh individu lain untuk tujuan jahat....dalam hati dah fikir, hukuman gantung dan bila dalam lokap, kena liwat...adui sedih aku macam ini....

Watak watak yang terlibat semasa call aku ialah Koperal William dan Sarjan Lim Kok Hwa...Sarjan lim dan william ni, kata jangan dedahkan perkara ini kepada individu ketiga, kerana kes masih di siasat, dan tunggu panggilan dari inspektor dari bahagian jenayah.
Aku pun inform pembantu tadbir aku, suruh dia semak...bila last rekod aku ke pulau pinang...ah, last rekod dua tahun lepas, itu pun hadir mesyuarat, aku pening dan buntu...pening lah kepala aku macam ini...akhirnya aku call sendiri IPD Pulau Pinang, dan koperal wanita tu beritahu, ini sindiket scammer online..yang sedang berleluasa sekarang ini...

Jika korang mendapat panggilan dari scammer macam ini..cuba rujuk IPD Pulau Pinang..di 04 - 222 1522. Satu kerja aku tak buat pagi ni, sebab memberi 'kerjasama' dengan sarjan penipu ni semua...hati hati ya dengan Scammer Online...sedang berleluasa dan telah keluar pun penipuan ni di Berita Astro Awani...dah beribu orang dah terkena, dan berhabis duit dengan scammer ni semua, sebab nak 'terlepas' dari hukuman.

Aku tengah tunggu panggilan dari 'Inspektor' bahagian jenayah narkotik ni.....aku nak dengar apa yang dia cakap...dan part yang paling kelakar, dia suruh aku list down kan bank akaun yang masih aktif, aku bagitahu ada 3 akaun, lepas tu sarjan scammer ni bagitahu, nyatakan nilai ada berapa untuk sekarang ni...aku bagitahu lah, 1st akaun ada RM 400, 2nd Account ada 1.84 sen, dan 3rd Akaun ada 30.00...

Sarjan tu cakap, jangan menipu ya..sebab kalau menipu...polis boleh detect dan jika kamu menipu..maksudnya statement yang kamu beri secara automatik semua tidak betul, dan waran tangkap akan di keluarkan dalam minggu ini....

Lega aku..bila dapat tahu ini adalah SINDIKET PENIPUAN ONLINE, hati hati semua dengan Scammer Online ...

4 comments:

  1. serius ke kena macam ni?...macam-macam cara orang nak cari duit zaman ni ya =(

    ReplyDelete
  2. Jemput singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/review-shopping-di-website-sgshop.html

    ReplyDelete
  3. hati2 semua.Mohon Allah jauh kan kita bala bencana. Allah sayang hambaNya yang selalu ingat padaNya

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.