Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Monday, October 30, 2017

Kalau Sudah Tertulis

Minggu ini aku pergi memancing di pantai berdekatan dengan Masjid Selat Melaka...seperti biasa lah, penantian yang tidak mengecewakan dan alhamdulillah, berjaya menaikkan ikan serkut, boleh lah daripada tak dapat langsung...kalau goreng pun ada juga lah isi...haha

memancing di masjid selat melaka
Sebenarnya dah lama aku tak memancing, rasa nya hampir setahun tak mancing, last mancing pantai pun pada bulan oktober 2016, masa tu, pun boleh tahan juga hasilnya, dapat senangin, boleh baca kisah dapat ikan di SINI....banyak dah rod mancing aku jual..mungkin sebab tiada masa di sebabkan banyak mengajar dan sibuk di pejabat.........

Aku memang suka datang sini..sebab hasilnya agak berbaloi walaupun terpaksa menunggu 5-6 jam...apa nak buat..sabar, dan pasti ada rezekinya....betulkan niat kita untuk cari rezeki. Di tempat yang sama juga..aku mendapat seekor ikan pari.....memang tak di sangka sangka..namun apa nak di katakan rezeki...cukuplah lauk untuk 2-3 hari...boleh baca kisah pari di SINI

Petua untuk dapat ikan yang aku pelajari dari seorang tua yang datang menghampiri aku pada suatu ketika dulu semasa memancing betuk di sungai...ialah, bila orang lain dapat ikan, jangan pertikaikan dan jangan iri hati / dengki dan kutuk mengutuk, malah syukur...dan berdoa lah pada tuhan agar, kita juga dapat memperolehi ikan seperti mereka. Nampak seperti lucu...tapi sebenarnya...itulah rahsia nya. 

Kalau tak dapat tak apalah....maknanya bukan rezeki kita, mungkin kalau bukan hari ini, mungkin esok, lusa, tahun depan...ermm siapa tahu ? kalau sudah tertulis oleh nya...maka itu lah dia. Pernah tak balik rumah 3 hari..sebab memancing....dan akhirnya aku beli ikan merah dan ikan kembung 3 kilo, bagi pada mak ayah....diorang dapat detect yang aku menipu, sebab takde kesan matakail kat mulut dan perut ikan....itu satu kali je penipuan yang aku buat...haha...

Oh lupa....di tempat yang sama juga, aku pernah dapat ikan kurau...so far, ini lah ikan yang besar aku pernah dapat di kawasan pantai....boleh baca di SINI

3 comments:

  1. Boleh memancing ke dekat masjid tu?

    ReplyDelete
  2. Dalam masjid tak boleh mancing, ikut laluan belakang masjid..ada jalan ke dalam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh...nanti ada masa saya cuba pergi tengok =)

      Delete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.