Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Tuesday, October 03, 2017

Kisah Misteri Petang Tadi

Sejak sekian lama dari bangku sekolah SPM 2002 sehinggalah sekarang tahun 2017, tak pernah jadi perkara pelik seperti apa yang berlaku petang tadi, sedangkan handphone aku tiada tunggakan dan masih lagi aktif. Memang aneh dan misteri. 

Seingat aku lah, kalau aneh pun, dulu masa lepasan SMP, adalah seorang lelaki berbangsa india, call aku maki hamun ajak gaduh, katanya, aku selalu teks dan call awek dia....ermm, aku pun tak faham macam mana no hp aku boleh dail nombor dia...masa tu, takde whats app, wechat, telegram semua ni...kalau nak transfer file pun guna bluetooth dan infrared, game yang ada pun game SNOW ICE dan SNAKE...jenis handphone yang aku pakai masa tu, jenis nokia 3310  (butterfly) lupa kod, tapi betul rasanya 3310....aku pun cakap la dengan mamat india tu, woi bang...aku ni Melayu..kenapa aku nak kacau awek india kau, aku pun ada awek juga..ceh!...mamat tu tak puas hati ..dan bagi warning sama aku....ah, pergi lah telokop, malas nak layan, aku cakap dengan dia ...pergi lah report polis..habis cerita, tengok dalam call logs, takde pun nombor awek dia...Ok, stop! apa pun lupakan cerita ini....cerita petang tadi lagi misteri..


Hari ini aku busy sikit di pejabat...ramai yang call handphone aku pasal kerja..dan kes yang pelik misteri, ada seorang kakitangan kerajaan ni, cuba untuk call aku, berkali kali...dapat, tapi orang lain yang jawab, katanya dari terengganu, sehinggalah beliau emel pada aku apa yang berlaku semasa cuba call nombor aku ni...haha

Kisah Misteri Petang Tadi
Itulah ayat yang orang tu sent melalui emel kepada aku, Ah, aku pelik...dan cuba menggunakan handphone kedua aku..cuba call nombor tersebut...eh boleh je...berbunyi call aku...takde lah pula, orang terengganu yang jawab panggilan tu....begitulah kisah misteri petang tadi

Apa pun, memang seram kisah ni...ternyata misteri...haha, dan aku syak, keypad handphone orang cuba call aku tu...problem....maybe?...hehe

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.