Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Friday, October 20, 2017

Lawak Betul Lah

Masa berlalu begitu pantas, sampai kan dah jumaat last day waktu kerja pun tak perasan, apa tak nya, cuti umum malaysia pada hari rabu sempena perayaan deepavali...cuti sehari, hari khamis dah kerja semula, bila 'first day' kerja (khamis) terasa macam hari isnin...tengok jadual mesyuarat di email dan di memo (surat) banyak meeting pada hari jumaat (20/10/2017), erm aku pun senyum lah, dan berkata dalam hati (ah, lama lagi pun, baru isnin).

Last minit baru perasan yang sebenarnya 'first day' yang di aku fikir hari isnin tu ialah hari khamis rupanya...blank sekejap...haha.  Biasanya bila waktu di zaman persekolahan je, nak kena ingat tarikh dan hari apa...bila dah melangkah ke alam pekerjaan, waktu, tarikh, tahun pun buat tak kisah je..kadang kadang kena tengok telefon..baru tahu. 

Sampai macam tu sekali aku ni....kan, dan yang kelakar nya, semasa breakfast dengan rakan, boleh pula aku tanya rakan tu, hari isnin ni apa aktiviti...member pula jawab, takde apa apa aktiviti, khamis je sibuk....banyak meeting. alahai.....padahal hari tersebut, adalah hari khamis. Sampai masa, makan ubat jelah, kuat betul sakit nya..haha

Lawak betul lah...

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.