Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE Biztudung

Sunday, November 26, 2017

5 Perkara Wajib Aku Buat Ketika Akses Blog

Salam semua, cuti hujung minggu sudah tamat...dan esok kembali bekerja..ermm, sedih! baru sempat update entri yang terbaru, sebab ada urusan kerja yang perlu di selesaikan di hujung minggu..preparation untuk mengajar membina laman web di Port Dickson...

Namun di dalam kesibukan tugas, masih sempat jengah blog aku...melihat entri rakan rakan, dan reply entri mereka..bukan susah pun, guna handphone je kan..hanya perlu register emel bloggers anda di handphone...sahaja, menaip komen hanya semudah menaip di whats app....hehe, Mari lihat apa perkara yang wajib aku buat ketika melayari blog sendiri...ini untuk memastikan blog kita sentiasa dikunjungi oleh rakan rakan blog dan orang luar...ketika membuat carian di google.

Friday, November 24, 2017

Kecewa Dengan Mentaliti Kolot

Entri ini berkenaan luahan rasa hati yang kecewa dengan sikap rakan yang tak berapa profesional dan tidak percaya pada ketentuan rezeki, adat di dalam perniagaan, ada untung dan ada kala rugi, tapi kalau sudah tertulis rezeki itu milik kita...kita akan dapat, semua itu perancangan dari Nya..yang adil dan pasti beri pada setiap hamba Nya...yang sentiasa berusaha dan kerja keras, demi mencari sesuap nasi.

Tiada isu dalam fikiran aku untuk untuk memintas kerja (job) orang lain, dan jika tawaran harga dan kualiti kerja yang di berikan bagus...dia layak untuk mendapatkan pekerjaan itu...namun jika dia anggap aku sebagai satu ancaman besar pada mereka...seolah olah mereka ini tidak percaya pada ketentuan rezeki.

Itu belum kira lagi budaya yang memotong harga gila gila ...sungguh tak masuk akal harga nya...tapi apa nak buat..itu cara mereka..cara mereka branding kan produk mereka, satu sahaja yang aku pegang...kualiti dan ilmu, dan pengalaman sahaja yang membezakan, bukan nak kata bagus...yang penting ikhlas dan buat yang terbaik, betulkan niat untuk mencari rezeki....

Thursday, November 23, 2017

Program Menarik Sempena Cuti Sekolah

Apa aktiviti korang semua di cuti hujung tahun ? Jika yang berkelapangan..boleh ke laman web www.emelaka.gov.my dan lihat aktiviti / program ICT sempena cuti sekolah tidak lama lagi...bagi sesiapa yang berminat menyertai kelas Joomla dan Google 3D Sketchup boleh lah beri nama pada aku..program pembelajaran ini mungkin adalah yang terakhir bagi tahun 2017.

Jangan lepas kan peluang ini dan manfaatkan cuti anak anak anda, dari tengok TV dan buang masa memikirkan apa jiran di sebelah buat apa, masak apa, baik lah menyertai program ICT percuma ini, sekurang kurangnya dapatlah menambah nilai dan mendapat ilmu, seterusnya meningkatkan kualiti hidup dan menampung kos sara hidup yang kian meningkat ..banyak program menarik semasa cuti sekolah nanti...program ICT ini terbuka pada semua lapisan umur...

Wednesday, November 22, 2017

Keracunan Makanan

Aku jarang sakit teruk dan tak suka ke klinik apatah lagi nak kena makan ubat...dan hari ini result dari doktor, aku di sahkan keracunan makanan, seksa nya hanya Tuhan je yang tahu, ingat kan sakit apa, gastrik atau apa sakit, rupa rupa nya keracunan makanan....dan hari ini hanya makan sup kosong dan nasi sedikit..sebab perut kosong, doktor minta berehat dan jangan makan dahulu..cuma makan ubat yang di berikan dan minum air garam, dan di sebelah petang..jika sudah ok baru boleh jamah sedikit nasi dan sup panas.

Simptom food poisoning yang aku kena semalam, ialah seperti loya dan tiada selera makan, tekak rasa nak makan sebab lapar..tapi bila masuk dalam mulut....nah ! termuntah muntah...loya tekak, minum air kosong pun loya. Hari ini ke klinik sebab tak tahan dah..kerja banyak, kalau sakit macam ini...memang banyak lah yang pending dan rugi...Alhamdulillah dapat MC 1 hari, so boleh lah beri reason pada orang yang tak 'faham'...boleh lah berehat tanpa sebarang gangguan.  hehe

Semalam, apa yang aku ingat...memang tak makan sangat pun sebab sibuk dengan urusan kerja...cuma aku makan hotdog dan roti, letak sos cili..lepas tu, lunch, aku makan nasi goreng, kuantiti medium....petang tu, perut dah rasa lain macam...dan migrain. Aku fikir..maybe aku kurang makan, tuh yang perut rasa lain macam berkeruk keruk dan sakit, masa pulang dari tempat kerja, rasa lapar nak makan, aku pun singgah ke kedai makan, dan order nasi dan lauk daging goreng kunyit...bila telan...tekak loya...dan akhirnya kat kedai makan tu juga terkeluar semua....tapi bukan depan orang ramai lah...sebab orang tengah makan kan...panggil pekerja kedai kira dan bayar..lepas tu start engine dan drive ke depan sikit...hehe, berhenti tepi jalan...muntah..lah apa lagi...!! Sayang nasi tak habis di makan...apa nak dikatakan...kalau dah takde selera...jangan lah di paksa...mungkin bukan rezeki aku...

Tuesday, November 21, 2017

Dulu Bodoh Sekarang Pandai Sikit

Minggu ini sahaja ,aku terima banyak panggilan dari luar melaka cuba hubungi aku, antara nombor nombornya seperti 03246xxxx cam tulah lebih kurang..dari yang 10 digit hinggalah ke 4-5 digit...22333, malas ah nak answer call...maklumlah sudah terkena 'panggilan' dari sarjan scammer tempohari. Fobia beb...3 jam, murung...semata mata nak beri kerjasama sepenuhnya...! Rasa serik nak pickup call, kalau tiba tiba nombor tak dikenali terpapar di handphone. Yang peliknya, average setiap hari sampai 5-6 kali nombor yang hampir sama bermula dari 03-xxxx call...ermm, mungkin bank ? atau mungkin client ? atau mungkin inspektor polis?

Boleh baca kisah sarjan (scammer) penipu besar di sini  . Cuma pada hari minggu lepas, terjawab call dari pihak bank berkenaan insuran kelompok mereka...ermm, bank pun dah promote insuran by call, dan jawapan yang aku berikan tidak dan sila hubungi semula, kerana berada di luar kawasan.

Monday, November 20, 2017

Aku Yang Busuk

Sampai je aku ke pejabat..terus ada staf jual perfume minyak wangi, katanya untuk kereta, yelah takkan untuk motor pula kan..ermm..dalam hati terfikir, nak beli ke tak ? sebab duit dalam kocek ada RM 30 je..lagipun aku bukan seorang yang suka pewangi...pergi kerja rambut pun sikat guna jari..haha, kalau nak wangi sikit..letak bedak johnson je..itu pun dah boleh menceriakan pagi aku..

Tak suka pewangi bukan lah bererti aku ni seorang yang busuk...haha, maksud nya aku ni jenis tak suka dan tak minat nak 'wangi' sangat, boleh demam selsema sebab bau perfume 'menyengat' hidung aku hehe....bagi aku lah, kan dah mandi sebelum ke office, sabun dan shampoo...lepas tu pakai bedak, dan siap-siap pakai baju kerja..kira ok la tu, apa nak tenyeh tenyeh lagi perfume..sampai petang, busuk juga...hehe begitu lah kehidupan aku...yang simple, maskulin dan yang penting hensem berpanjangan!..kehkeh

Thursday, November 16, 2017

Latihan 3D Google Sketchup St Franchis

Selesai sudah pembelajaran Google 3D Sketchup untuk pelajar pelajar sekolah St. Franchis Melaka...semua pelajar faham dan berjaya membina model rumah masing, mereka begitu teruja dan bersemangat membina konsep rumah impian masing masing....haha

google 3d Sketchup safirulamar

Google Skethup ini boleh di laksanakan sama ada secara konsep ataupun secara actual measurement...dan lebih kepada konsep sebenarnya perisian ini...dan berkait rapat dengan perisian berasaskan cad seperti Autocad dan BrisCad...

Tuesday, November 14, 2017

Masjid Cina Negeri Melaka

Belek gambar di dalam handphone, sebab nak remove gambar gambar yang banyak sangat, handphone pun hang dibuatnya ternampak pula gambar lama (2 bulan lepas) semasa bersembahyang di Masjid Cina Negeri Melaka....first time aku ke sini, sebelum ini hanya dengar je apa orang cakap pasal masjid ini ...jadi pada suatu hari tu, aku pun pelawa lah ayah aku ke sana..yelah, nak juga tengok senibina nya..tengok gambar dari kawan kawan, menarik dan cantik senibina nya...

Masjid Cina Negeri Melaka
Masjid cina melaka merupakan masjid ketiga selepas masjid Muhamadiah di Ipoh dan Masjid Cina di Rantau Panjang Kelantan yang di bina di Malaysia bercirikan seni bina Negeri Cina...Mula beroperasi pada 27 Jun 2014. Konsep seni bina masjid ini adalah hasil gabungan reka bentuk dari masjid di negeri cina termasuk di Beijing, Shanghai dan Xian.

Lebih Suka Dan Selesa

Seawal jam 7.30 pagi, aku sudah bangun untuk ke pejabat, hari ini banyak meeting dan jumpa orang pasal job design, tapi apa yang aku risau, hujan turun lebat seawal 2.30 pagi di Melaka sehinggalah  sekarang..hujan rahmat selepas musim panas di melaka dan kebetulan sekarang ini musim tengkujuh, jadi memang sudah di jangka....

Oleh kerana aku ke pejabat dengan menunggang motor, semua aktiviti dan meeting tergendala seketika, sebab aku lebih suka dan selesa menaiki motor....boleh cilok dan pantas..lampu isyarat memang banyak gila di Melaka..better naik motor, jimat dan pantas! Bukan tak boleh bawa kereta, tapi tengok lah keperluan..jika nak pergi bercuti, beli sofa atau long distance, baru bawa lah kereta...hehe

Cabaran yang biasa di hadapi, seperti hari ini lah, hujan lebat ! ...tapi tak selalu, biasalah, ada hujan dan ada panas....kerja tuhan, siapa yang tahu? bukan tiada kereta..ada, cuma dah terbiasa pantas naik motor....sebab bila naik motor, dapat rasa fresh air dan boleh cilok cilok mana mana je..kalau bawa kereta, mana dapat cilok cilok! waktu hujan kalau di melaka, kau bawa kereta, jangan lah expect akan cepat sampai ke destinasi yang kau nak tuju...sama juga, lambat, jammed jalan, tambahan lagi di waktu hujan...memang jammed lah!

Monday, November 13, 2017

3D Google Sketchup Mini RTC Sungai Buluh

Hari ini 13 November 2017, bertempat di Mini RTC Sungai Buluh, Simpang Ampat, Alor Gajah, ada Bengkel 3D Google Sketchup setengah hari untuk pelajar pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Buluh....mula mula terkejut juga sebab...ya kah ? aku kena mengajar di sungai buluh (Selangor)?  biar betul ? jauh tu...kalau nak kesana...

Tapi bila di beritahu, sungai buluh tu sebenarnya di area Alor Gajah, Simpang Ampat, direction nya pula berhampiran simpang empat nak ke A Famosa Resort, kena ikut signage brisu atau lubok cina...boleh tahan juga jauh nak kesana kalau dari bandar Melaka...tapi apa nak di katakan, dah tugas mengajar dan tanggungjawab mendidik anak bangsa, aku turutkan hati ke sana...mula mula sesat jugalah, sebab kurang petunjuk arah kan ? risau juga sebab lalu kawasan hutan...nasib baik ada line internet, dan sempat waze dan kisah lucu nya...bila sesat, berhenti tepi jalan nak buka GPS...tapi ternampak pula nenek nenek (empat orang) tua tengah berbual..ah, baik aku tanya diorang, mana tahu diorang dapat beri directions...aku pun tanya lah...Nek...Mini RTC Sungai buluh kat mana ? nenek nenek tu diam dan buat muka pelik, sambil mengetap bibir!!...lebih 3 kali aku tanya...diorang buat muka pelik je...ah! pekak lah...aku rasa, mereka ni pekak badak! Ah..baik aku pergi pejabat polis kat depan tu...! aku pun beri salam pada nenek tu semua, dan chow...! Sampai ke Pejabat polis sungai buluh, kunci pula! takkan belum buka lagi...aduhai...mati kutu aku la macam ini..

Saturday, November 11, 2017

Ternampak Geng Kunyit Bersama Sama

Selamat hari sabtu semua...apa aktiviti korang semua hari ini ? minggu ini takde program, so, sabtu ahad duduk rumah je..malas nak keluar rumah, sebab cuaca panas..hari ini nak habiskan masa di dapur..nak memasak! mula mula plan nak masak sambal sardin..dan sayur campur...tapi ternampak pula geng geng kunyit bersama sama dekat tepi peti ais....hah, apa lagi, kalau dah nampak geng kunyit, teringat pula masak lemak cili api...! peh sedap tu..ok, kita masak lauk ikan masak lemak cili padi lah!

Bahan bahan yang di perlukan untuk masak lemak cili padi..senang je, kalau ikut resepi aku, 3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 2 ulas kunyit, udang kering,  serai 2 batang..dan santan kotak. Sekarang ni nak cari santan original susah sikit...so, pakai santan kotak je...blender bahan bahan tersebut, kecuali santan dan serai ...haha, jangan nanti korang blender santan lak...

Friday, November 10, 2017

Muka Aku Masuk Paper Beb

Wah..muka aku masuk paper akhbar Melaka Hari Ini lah beb...haha, gambar ni masa meeting dengan Datuk berkenaan program besar yang akan diadakan di Melaka pada November ini....part aku kena buat publisiti dan promosi dan kena bantu secara belakang tabir program ini...ermm

muka masuk paper beb

Saja je belek belek paper Melaka Hari Ini, sebab nak cari bahan dan artikel yang menarik, mana lah tahu ada jawatan kosong ke, boleh la apply cuba nasib....belek punya belek, sekali ternampak pula gambar aku yang hensem macam remy ishak ni, terasa macam artis lak! tapi kesian...takde siapa pun yang perasan...sebab orang Melaka, susah nak dapatkan akhbar Melaka Hari Ini....terhad dan kalau nak dapatkan kena pergi japerun yang berhampiran kot...

Thursday, November 09, 2017

Cara Untuk Install Teamviewer

Remote desktop ataupun aplikasi teamviewer merupakan satu cara untuk akses komputer ke komputer yang lain melalui talian internet atau wireless connection. Tambahan lagi, jika sesuatu lokasi itu jauh dan memerlukan masa untuk ke lokasi..jadi penyelesaiannya, dengan cara remote menggunakan teamviewer. Jimat masa, tenaga dan kos. Hanya dapatkan ID dan Password komputer dan selepas itu, anda boleh akses komputer tersebut tanpa perlu ke lokasi. Sebagai contoh, Rumah dan pejabat. 

Untuk memuat turun remote teamviewer boleh muat turun di SINI .

Boleh la download..selepas itu install seperti biasa..dan jika terdapat error, pergi ke installer teamviewer, contoh : TeamViewer_Setup.exe dan right click Run As Administrator.


Macam Macam Hal Pelik Di Zaman Ini

Macam macam ayat ada di SMS di masa millenium ni...kadang kadang pening nak faham, kejap ada huruf kecik besar, lepas tu ada nombor...erm pelik pelik, macam mana lah korang baca eh...apa pun, ini sangat berguna sebagai ibu bapa untuk kenal pasti ayat ayat anak anak mereka, terutamanya jika anak anak mereka menggunakan smartphone. Tujuan ibu bapa beri smartphone tu bukannya untuk mengenyam atau mencari kenalan ye anak anak, tapi untuk berhubung (connecting) dan berkomunikasi, jika berlaku kecemasan...mudah untuk di hubungi.

Dulu masa di sekolah, masa zaman aku lah..kalau nak kutuk dan mengumpat orang..cuma tambah huruf je kat perkataan yang korang nak sebut...contoh nya : muka hodoh dan takde otak... tambahkan apa apa 2 huruf contohnya...huruf ZA ..maka akan jadi ayat seperti ini : Mukaza hodohza danza takdeza otakza..hahahah...kena cakap laju laju...dan hanya orang yang faham je, yang boleh reply semula..dengan cara ayat yang sama...

Wednesday, November 08, 2017

MARILAH MASUK KONTES KE- 6 ANJURAN KOMENSEN : TEKA NAMA IKAN.

kontes teka nama ikan
Ternampak contest ini di blog saudara tarmizi , contest ini macam menarik, iaitu teka nama ikan...hadiahnya pun dalam bentuk wang tunai. Jika berminat untuk join contest ini, boleh tekan di SINI.

Terbaik lah contest ini. erm aku pun tak pasti ikan apa ni....kod rahsia di beri oleh pihak penganjur iaitu, KRMSJSL berdasarkan kod rahsia yang diberikan itu....aku dengan konfidennya...menjawab :

Jawapan : Ikan Kerisi

Contest akan berakhir pada 10.00 pagi, 15 November 2017. Baru pertama kali ke blog komenSen (Common Sense). Penulisannya sungguh menarik dan teratur....apa pun salam perkenalan.

MARILAH MASUK KONTES KE- 6 ANJURAN KOMENSEN : TEKA NAMA IKAN.

Ikan Kerisi dan Ikan Gelama adalah ikan favourite aku...goreng dan buat lauk pun sedap....haha. so aku pasti jawapan aku memang tepat...

Bila Air Longkang Naik Air

Bila air longkang dah naik Air, itu tandanya perlu bersiap sedia..kalau di Melaka biasanya kawasan hotspot yang biasa banjir seperti di Batu Berendan dan Taman Merdeka...

Melaka sekarang ni cuaca tak menentu, siang panas, malam hujan...cuma malam tadi hujan lebat..

Bila Air Longkang Naik

Kalau malam ni hujan lebat lagi...kerajaan negeri kena bersiap sedia..jangan sibuk kira duit kutipan cukai, dan sibuk berpolitik sahaja...siap sediakan lah jentera bencana....untuk memberi bantuan banjir, tanah dan sebagainya.

Takziah kepada mangsa banjir di pulau pinang. Musibah datang tanpa di duga, sekelip mata sahaja....apa pun, berhati hati lah..di hujung tahun cuaca dan musim tak menentu...hujan, panas terik..bila hujan jalan licin, boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.

Sekadar Renungan Bersama

Entri ini bukan lah nak tunjuk riak ataupun nak tunjuk bagus..cuma sekadar renungan bersama..aku selalu dengar di radio, lihat di televisyen tentang kelebihan bersedekah....dan aku percaya Tuhan sentiasa melihat perbuatan seharian kita...yang penting niat kita...sama lah juga, seperti melaksanakan tugas...jika bangun pagi, kita niat pergi kerja untuk dapatkan rezeki buat anak dan isteri kita...inshaallah segala apa yang kita lakukan di pejabat di permudahkan dan di berkati...duit yang di perolehi setiap bulan pun berkat....

Sama lah seperti bersedekah....kadang kadang ada timbal balik dari apa yang kita perolehi..contoh nya gaji yang kita dapat....dan adakah gaji atau wang yang di perolehi itu..benar benar milik anda ? setelah di tolak tambah dengan aktiviti 'mencuri tulang' seperti minum pagi berjam jam..menonton video di komputer pejabat..mencuri masa kerja dengan berborak dan bergosip, palsukan elaun lebih masa dan sebagainya lah! Betulkah itu wang itu sepenuhnya milik kita ? cuma amalkan ...memberi, iaitu bersedekah samaada dengan wang ringgit ataupun harta benda...bila sudah memberi, janganlah pula mempersoalkan pula...sudah jadi tidak ikhlas..

Peh..dah macam ustaz pula kan ? haha....ubah lah...beri lah walau sedikit pun...tapi besar nilainya di mata yang menerima itu...

Tuesday, November 07, 2017

Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for November 2017

Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for November 2017
Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for November 2017
Jom join Giveaway ini, mana tahu korang ada luck dan menang.....hadiah wang tunai. Kalau berminat nak join, tekan pada gambar di atas...anda akan di bawa ke blog Qiya Saad..dan ikuti syarat apa yang dia mahu. Dia suruh follow kita follow je......ok. Good luck..!

Tarikh tutup pada 30 November 2017. Masih sempat lagi wei......jom join!, Pemenang bertuah akan di pilih secara random..

Monday, November 06, 2017

Senarai Nama Jabatan Menara Persekutuan Melaka

Dulu masa awal 90 an, masa aku kecik kecik...bila ikut nenek atau mak ke pejabat kerajaan atau hospital, bila naik lif, mesti ada orang tukang tekan (pekerja) yang mana kerja nya tekan butang nombor je...orang sebut nombor, dia tekan...ermm siap ada kerusi duduk lagi...haha...tapi sekarang ni ? pandai pandai lah korang tekan lif ye...mudah je kan...

Bila naik lif, kadang kadang fobia dan trauma...sebab dua tiga kali, naik lif...lif rosak...memang seram, bila lif rosak, lampu pun terpadam..line HP jangan cakap lah, memang tak dapat langsung....boleh lemas beb...sebab gelap..boleh baca kisah lif di sini

http://www.safirulamar.com/2014/07/lif-yang-sengal.html

Tadi tengahari, aku pergi mesyuarat di tingkat 17, menara persekutuan....dan sempat snap gambar senarai nama jabatan di Menara Persekutuan Melaka, Ayer Keroh Melaka di dalam lif. Haha, just for info je...ada ramai di luar sana yang tak tahu..jadi, kalau korang semua ada urusan di Menara Persekutuan, Ayer Keroh..dan tak tahu agensi / jabatan yang nak di tuju tu di aras mana...boleh lah jadikan senarai yang aku paparkan ini sebagai rujukan, dan prepare dulu...kalau tak prepare nanti mengelabah nak cari...

Doa Ku Pada Tuhan

Entah mengapa sejak akhir akhir ni, rasa macam tak sedap hati je (macam lirik lagu kan)...aku pun tak tahu kenapa, padahal semua job dah delivery..macam ada sesuatu yang tak complete..dan doa ku pada tuhan agar semuannya lancar dan di permudahkan urusan....

Lama dah tak check akaun nuffnang...dan apabila buka nuffnang account, Wow...banyak pula iklan yang berjoget joget di CPUV nuffnang....kali ni bukan biasa biasa...tapi lebih mengujakan...sebab apa ? sebab banyak iklan melekat dan dapat bonus CTR....walaupun, tak lepas RM 1 pun, tapi yang pasti dan aku berharap..agar duduk lah lama lama sikit, baru syiok...haha

CPUV Nuffnang Safirul Amar


Saturday, November 04, 2017

Julia Telah Di Tebuk Tupai

Julia, jangan keluar malam malam, duduk rumah, jangan mudah percaya dengan pujuk rayu lelaki, nanti di tebuk tupai! bila sudah di tebuk tupai, nak menyesal pun tak guna dah...begitu lah kata kata atau skrip dalam drama atau filem dulu dulu...haha.

Aku sedih..apabila mangga delight yang aku semai berbulan bulan..siram berhari hari...dan kini bila telah masak ranum, di rampas! kisahnya...bila bangun pagi...mangga tu dah hilang, hilang ! biasanya tergantung cantik je kat dahan...apa lagi mengelabah aku masa tu...apa ingat orang perempuan je ke yang selalu mengidam...orang lelaki ni kalau dia mengidam dia betul betul berharap dan lebih banyak memendam jika tak dapat sesuatu yang di inginkan.

mangga di tebuk tupai

Dan akhirnya...segala persoalan terjawab...setelah terjumpanya, serpihan kulit mangga, dan bila terfikir semula..sebelum ini, ada ternampak 2 ekor tupai bermain main di halaman lanskap rumah...

Oh...mungkin mangga ini adalah kerjaan si tupai...tak apa lah...rezeki tupai, sudah tertulis..yang mangga tu bukan milik aku...tapi milik sepasang tupai yang 'mengidam'.

Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga....

Friday, November 03, 2017

Last Day Di Jabatan

Hari ini hari terakhir student praktikal di jabatan...dan seperti kebiasaan, ada buat makan makan sikit untuk menghargai kerja dan sumbangan nya sepanjang dia bertugas / praktikal di jabatan...kerja dan praktikal di IT department ni, boleh dikatakan agak 'tekanan' juga lah, telefon sentiasa berdering tak henti henti...dan kebiasaanya student praktikal lah yang jadi 'mangsa'...kena pergi lihat dan kenalpasti apa masalah nya... yang di katakan mangsa tu, haha bukannya apa...kadang kadang...aku dah malas nak layan hal yang remeh, baik fokus pada hal penting...system development dan web design..biarlah student yang menyelesaikan hal hal 'remeh' end user...

Apa yang tekanan nya tu ? End user (client) kadang kadang minta pasang projektor dan check kenapa printer tak boleh cetak surat...padahal plug dan printer tu tak on. Haha cam itulah perkara yang 'pening' sangat tu...haha. Lepas tu perkara biasa....lupa password...nak buat table di microsoft word..dan yang paling banyak terjadi..internet tak dapat akses...padahal, network disable...

Thursday, November 02, 2017

Jangan Lepaskan Peluang Ini

Kepada sesiapa yang ingin menjelaskan saman kompaun letak kereta, ada berita baik untuk anda..di mana Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan mengadakan promosi diskaun besar besaran sebanyak 60 % diskaun kepada pesalah pesalah parking letak kereta..jangan lepaskan peluang ini...sementara ada masa promosi diskaun ini, baiklah lunaskan bayaran saman yang tertunggak sebelum tindakan mahkamah di laksanakan.

Kali ini promosi di jalan kan selama tiga (3) bulan, bermula dari 1 November 2017 sehingga 31 Januari 2018. Bayaran dan diskaun untuk promosi boleh di bayar di Aras 2, Kaunter kompleks melaka mall pada isnin - jumaat, manakala bagi sabtu dan ahad...kaunter promosi diskaun akan di buka di Mydin Ayer Keroh dan Aras bawah, Family Store, Kompleks Melaka Mall....bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 Malam...


JANGAN LEPASKAN PELUANG

Promosi ini katanya bagi mengelakkan tungakkan hasil yang terlalu tinggi di pihak Majlis...dan rata rata pesalah, kebanyakkannya berada di luar negeri Melaka...dan untuk membayar saman, agak susah di sebabkan terlalu jauh jarak lokasi mereka dengan kaunter pembayaran pihak Majlis..itulah alasan yang seringkali di terima. Jadi pihak Majlis, telah mewujudkan saluran pembayaran online dan boleh bayar menggunakan khidmat wang pos....

Wednesday, November 01, 2017

Kelas 3D Google Sketchup di SK Tehel

Pada 1/11/2017 di panggil untuk mengajar subjek Google Sketchup 3D kepada kanak kanak sekolah darjah 6 di SK Tehel, Melaka..Sekolah ini mengambil peluang selama 4 hari dengan memberi pendedahan kepada ICT...dan bagi hari ketiga adalah slot bagi Google Sketchup 3D...

Bagi kanak kanak darjah 6, modul yang di berikan tidak terlalu susah untuk di pelajari, di mana tools asas sahaja yang di ajar...

Kelas 3D Google Sketchup SK Tehel

Alahamdulillah, mereka begitu seronok belajar sampai di waktu rehat pun tak mahu keluar dari kelas...program ini berlangsung selama setengah hari...so, terpaksalah skip banyak tools...namun begitu, kebanyakannya murid, berjaya membina sebuah rumah, lengkap dengan tingkap dan pintu, garaj kereta dan ada swimming pool sebuah...wow...terbaik .

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi