Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Monday, November 13, 2017

3D Google Sketchup Mini RTC Sungai Buluh

Hari ini 13 November 2017, bertempat di Mini RTC Sungai Buluh, Simpang Ampat, Alor Gajah, ada Bengkel 3D Google Sketchup setengah hari untuk pelajar pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Buluh....mula mula terkejut juga sebab...ya kah ? aku kena mengajar di sungai buluh (Selangor)?  biar betul ? jauh tu...kalau nak kesana...

Tapi bila di beritahu, sungai buluh tu sebenarnya di area Alor Gajah, Simpang Ampat, direction nya pula berhampiran simpang empat nak ke A Famosa Resort, kena ikut signage brisu atau lubok cina...boleh tahan juga jauh nak kesana kalau dari bandar Melaka...tapi apa nak di katakan, dah tugas mengajar dan tanggungjawab mendidik anak bangsa, aku turutkan hati ke sana...mula mula sesat jugalah, sebab kurang petunjuk arah kan ? risau juga sebab lalu kawasan hutan...nasib baik ada line internet, dan sempat waze dan kisah lucu nya...bila sesat, berhenti tepi jalan nak buka GPS...tapi ternampak pula nenek nenek (empat orang) tua tengah berbual..ah, baik aku tanya diorang, mana tahu diorang dapat beri directions...aku pun tanya lah...Nek...Mini RTC Sungai buluh kat mana ? nenek nenek tu diam dan buat muka pelik, sambil mengetap bibir!!...lebih 3 kali aku tanya...diorang buat muka pelik je...ah! pekak lah...aku rasa, mereka ni pekak badak! Ah..baik aku pergi pejabat polis kat depan tu...! aku pun beri salam pada nenek tu semua, dan chow...! Sampai ke Pejabat polis sungai buluh, kunci pula! takkan belum buka lagi...aduhai...mati kutu aku la macam ini..

Akhirnya tiba ke destinasi...tepat jam 10.00 pagi, dan terus mula mengajar subjek 3D google sketchup...murid murid begitu seronok belajar software ini...untuk silibus murid sekolah rendah, aku tak tekan kan pada tools yang susah seperti rotate tools dan measurement...cukup lah dengan tools asas seperti rectangle, circle, line dan paint bucket...program ini berlangsung selama 3 jam....

Program 3D Google Sketchup Mini RTC Sungai Buluh
Seronok belajar software ini...dapat buat konsep rumah, buat pelbagai objek dalam bentuk 3D...mudah untuk di pelajari, kepada sesiapa yang berminat untuk ke kelas aku, boleh lah whats app atau hubungi aku di talian 016 6474201. 

Program 3D Google Sketchup Mini RTC Sungai Buluh

Nampak tak ? keseronokan mereka ? tapi sayang...murid murid tak di bekalkan dengan pendrive oleh guru guru sekolah mereka..dan hasil 3D yang mereka buat...tidak dapat save dan di biarkan begitu sahaja sehinggalah laptop di padam! hanya mampu melihat.., sekolah sepatutnya membekalkan murid murid peralatan ICT...supaya bila hadir ke bengkel bengkel ilmu seperti ini, boleh lah simpan tugasan mereka untuk rujukan mereka bila dewasa nanti.
Program 3D Google Sketchup Mini RTC Sungai Buluh

Tahniah kepada Mini RTC dan pihak sekolah yang memberi peluang kepada murid untuk belajar perisian ini..amat berguna apabila mereka dewasa kelak, dan pihak sekolah harus mengubah corak pembelajaran dengan cara yang baru..sesuai ke arah abad 21, janganlah lah mengajar sekadar melepaskan batuk di tangga..murid cepat bosan dan tidak gembira....!

Our Education System
Semoga berjaya adik adik semua...dan semoga berjumpa lagi!

4 comments:

  1. sayangnya....murid-murid tak dapat tengok semula hasil kerja mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka belajar, dan dapat ilmu baru..tapi masing masing tiada peralatan ICT..

      Delete
  2. pelik lah,pejabat polis tu tak buka lagi atau memang dah tutup ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti..maybe telah di tutup...yang saya tahu, berkunci di pintu pagar masuk...:(

      Delete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.