Kepada sesiapa yang ingin menjelaskan saman kompaun letak kereta, ada berita baik untuk anda..di mana Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan mengadakan promosi diskaun besar besaran sebanyak 60 % diskaun kepada pesalah pesalah parking letak kereta..jangan lepaskan peluang ini...sementara ada masa promosi diskaun ini, baiklah lunaskan bayaran saman yang tertunggak sebelum tindakan mahkamah di laksanakan.

Kali ini promosi di jalan kan selama tiga (3) bulan, bermula dari 1 November 2017 sehingga 31 Januari 2018. Bayaran dan diskaun untuk promosi boleh di bayar di Aras 2, Kaunter kompleks melaka mall pada isnin - jumaat, manakala bagi sabtu dan ahad...kaunter promosi diskaun akan di buka di Mydin Ayer Keroh dan Aras bawah, Family Store, Kompleks Melaka Mall....bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 Malam.

JANGAN LEPASKAN PELUANG

Promosi ini katanya bagi mengelakkan tungakkan hasil yang terlalu tinggi di pihak Majlis...dan rata rata pesalah, kebanyakkannya berada di luar negeri Melaka...dan untuk membayar saman, agak susah di sebabkan terlalu jauh jarak lokasi mereka dengan kaunter pembayaran pihak Majlis..itulah alasan yang seringkali di terima. Jadi pihak Majlis, telah mewujudkan saluran pembayaran online dan boleh bayar menggunakan khidmat wang pos.


Sebenarnya...ada pelbagai cara untuk membayar saman parking Majlis, bagi yang menetap di luar Melaka..baiklah, cara nya ialah melalui ;

1) Wang pos, pembayaran atas nama Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan kepilkan salinan kompaun parking di belakang wang pos tersebut.

2) Atau ; Boleh bayar menerusi online payment iaitu di http://mybayar.gov.my , boleh buat bayaran melalui kredit kad ataupun debit kad. Layari portal rasmi MPHTJ, www.mphtj,gov.my , dan di bahagian hadapan (front page) ada e-perkhidmatan, cari MyBayar (Kompaun Parking).

rahsia muet

Jika anda membaca artikel ini, tolong war war atau hebahkan kepada rakan rakan atau saudara mara yang mana mempunyai tungakkan saman parking letak kereta...ataupun untuk kepastian boleh semak dahulu sama ada anda di saman atau tidak di http://ekompaun.ammphtj.gov.my 

Jangan lepaskan peluang ini , cepat bayar..bila hutang selesai, barulah boleh tenang dan lega..jika tidak masalah lain seperti tindakan mahkamah...pula datang...kalau datang ke negeri Melaka kena lah selalu hati hati...jangan parking sebarang tanpa kupon parking, sekejapan anda akan di saman. Kena survey survey dulu, dan tanya orang Melaka, di mana kedai untuk beli kupon parking..dont mess with Melaka wei...haha

Jangan lepaskan peluang ini....

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.