Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Saturday, November 04, 2017

Julia Telah Di Tebuk Tupai

Julia, jangan keluar malam malam, duduk rumah, jangan mudah percaya dengan pujuk rayu lelaki, nanti di tebuk tupai! bila sudah di tebuk tupai, nak menyesal pun tak guna dah...begitu lah kata kata atau skrip dalam drama atau filem dulu dulu...haha.

Aku sedih..apabila mangga delight yang aku semai berbulan bulan..siram berhari hari...dan kini bila telah masak ranum, di rampas! kisahnya...bila bangun pagi...mangga tu dah hilang, hilang ! biasanya tergantung cantik je kat dahan...apa lagi mengelabah aku masa tu...apa ingat orang perempuan je ke yang selalu mengidam...orang lelaki ni kalau dia mengidam dia betul betul berharap dan lebih banyak memendam jika tak dapat sesuatu yang di inginkan.

mangga di tebuk tupai

Dan akhirnya...segala persoalan terjawab...setelah terjumpanya, serpihan kulit mangga, dan bila terfikir semula..sebelum ini, ada ternampak 2 ekor tupai bermain main di halaman lanskap rumah...

Oh...mungkin mangga ini adalah kerjaan si tupai...tak apa lah...rezeki tupai, sudah tertulis..yang mangga tu bukan milik aku...tapi milik sepasang tupai yang 'mengidam'.

Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga....

1 comment:

  1. Hahaha..kesian Saf. taka apa ada pahala semua tu..pernah ada kawan bagitau dia selalu seolah mengidam isteri dia relex ja..

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.