Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE BELI DAN DAPAT DISKAUN SKYTECH CREATIVE

Friday, November 24, 2017

Kecewa Dengan Mentaliti Kolot

Entri ini berkenaan luahan rasa hati yang kecewa dengan sikap rakan yang tak berapa profesional dan tidak percaya pada ketentuan rezeki, adat di dalam perniagaan, ada untung dan ada kala rugi, tapi kalau sudah tertulis rezeki itu milik kita...kita akan dapat, semua itu perancangan dari Nya..yang adil dan pasti beri pada setiap hamba Nya...yang sentiasa berusaha dan kerja keras, demi mencari sesuap nasi.

Tiada isu dalam fikiran aku untuk untuk memintas kerja (job) orang lain, dan jika tawaran harga dan kualiti kerja yang di berikan bagus...dia layak untuk mendapatkan pekerjaan itu...namun jika dia anggap aku sebagai satu ancaman besar pada mereka...seolah olah mereka ini tidak percaya pada ketentuan rezeki.

Itu belum kira lagi budaya yang memotong harga gila gila ...sungguh tak masuk akal harga nya...tapi apa nak buat..itu cara mereka..cara mereka branding kan produk mereka, satu sahaja yang aku pegang...kualiti dan ilmu, dan pengalaman sahaja yang membezakan, bukan nak kata bagus...yang penting ikhlas dan buat yang terbaik, betulkan niat untuk mencari rezeki....

Tuhan itu adil dan penyayang..dia yang memberikan rezeki, apa yang perlu risau ? namun apa yang mengecewakan, ada rakan yang sanggup tak berikan info walaupun sedikit pada aku...berkenaan pekerjaan yang di jalan kan sebelum ini...tak apalah, perkara kecil, dan itu mungkin nasib aku...dan rakan tersebut juga...selalu juga mohon bantuan pada aku..dan aku membantu dia sebelum ini pun tanpa syarat dan atas pertimbangan sebagai seorang rakan...sebab untuk dia membesarkan anak anak dia yang masih kecil...

teknik we chat

Ubah lah mentaliti tu..jangan takut dengan persekitaran perniagaan....kalau dah tertulis oleh Nya itu milik kamu, maka akan menjadi milik kamu...percaya lah! Berusaha dan tawakal...Kecewa aku dengan orang bernentaliti kolot...

8 comments:

  1. saya berjaja kecilan ni pun mengalami situasi macam ni, kadang bila kita bertanya mana tempat nak cari barang(supplier) pun susah mereka nak beritahu, takut kita cantas =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Realiti kehidupan....Manusia oh Manusia.....

      Delete
    2. ya realiti yang menyedihkan =(

      Delete
  2. rezeki itu apabila hak kita pasti Allah berikan kepada kita..InshaAllah teruskan usaha

    ReplyDelete
  3. Betul tu bro. Masalah juga peniaga yang anggap pesaing tu nak jatuhkan kita. Sepatutnya berniaga la dengan aman. Rezeki masing2 Allah dh tentukan.

    Maintain je dgn strategi kita, tingkatkan kualiti servis n produk kita. Nak dengki dgn org pun tak guna. Buat benda jahat ingat Allah nak bagi rezeki agaknya..

    -Penulis Blog Perlu Baca-

    ReplyDelete
  4. Ajak dia pergi memancing dan rasakan bahawa tiada siapa dpt menghalang rezeki kita atau rezeki orang lain dan begitulah sebaliknya.

    ReplyDelete
  5. hi jmput join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi