Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE BELI DAN DAPAT DISKAUN SKYTECH CREATIVE

Wednesday, November 22, 2017

Keracunan Makanan

Aku jarang sakit teruk dan tak suka ke klinik apatah lagi nak kena makan ubat...dan hari ini result dari doktor, aku di sahkan keracunan makanan, seksa nya hanya Tuhan je yang tahu, ingat kan sakit apa, gastrik atau apa sakit, rupa rupa nya keracunan makanan....dan hari ini hanya makan sup kosong dan nasi sedikit..sebab perut kosong, doktor minta berehat dan jangan makan dahulu..cuma makan ubat yang di berikan dan minum air garam, dan di sebelah petang..jika sudah ok baru boleh jamah sedikit nasi dan sup panas.

Simptom food poisoning yang aku kena semalam, ialah seperti loya dan tiada selera makan, tekak rasa nak makan sebab lapar..tapi bila masuk dalam mulut....nah ! termuntah muntah...loya tekak, minum air kosong pun loya. Hari ini ke klinik sebab tak tahan dah..kerja banyak, kalau sakit macam ini...memang banyak lah yang pending dan rugi...Alhamdulillah dapat MC 1 hari, so boleh lah beri reason pada orang yang tak 'faham'...boleh lah berehat tanpa sebarang gangguan.  hehe

Semalam, apa yang aku ingat...memang tak makan sangat pun sebab sibuk dengan urusan kerja...cuma aku makan hotdog dan roti, letak sos cili..lepas tu, lunch, aku makan nasi goreng, kuantiti medium....petang tu, perut dah rasa lain macam...dan migrain. Aku fikir..maybe aku kurang makan, tuh yang perut rasa lain macam berkeruk keruk dan sakit, masa pulang dari tempat kerja, rasa lapar nak makan, aku pun singgah ke kedai makan, dan order nasi dan lauk daging goreng kunyit...bila telan...tekak loya...dan akhirnya kat kedai makan tu juga terkeluar semua....tapi bukan depan orang ramai lah...sebab orang tengah makan kan...panggil pekerja kedai kira dan bayar..lepas tu start engine dan drive ke depan sikit...hehe, berhenti tepi jalan...muntah..lah apa lagi...!! Sayang nasi tak habis di makan...apa nak dikatakan...kalau dah takde selera...jangan lah di paksa...mungkin bukan rezeki aku...



keracunan makanan

Apa pun berhati hati lah ya..apabila makan di luar, better masak sendiri di rumah dan bawa bekal, aku pun next time...nak bawa bekal ke tempat kerja..sebab, kedai kedai makan di luar ni, belum pasti tahap kebersihannya...aku pernah nampak...kucing rampas ayam di sebuah kedai...tauke kedai tu, kejau, dan rampas ayam tu wei...lepas tu masukkan semula dalam bekas (tray) makanan.

Rahsia WeChat

Namun apa nak di katakan...ekonomi tak berapa elok sekarang ini, zaman inflasi..semua orang termasuk peniaga kalau boleh nak berjimat cermat dan tak mahu keluar kos dua kali...tu yang barang dah expired pun mereka pakai..

3 comments:

  1. Infor sihat..jom sentiasa waspada pada juadah di mana2 pastikan yang bersih

    ReplyDelete
  2. kalau kena keracunan makanan mcm tu sy minum air kelapa segar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya minum semalam air kelapa segar....terus ok hari ini...hihi

      Delete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi