Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Tuesday, November 14, 2017

Masjid Cina Negeri Melaka

Belek gambar di dalam handphone, sebab nak remove gambar gambar yang banyak sangat, handphone pun hang dibuatnya ternampak pula gambar lama (2 bulan lepas) semasa bersembahyang di Masjid Cina Negeri Melaka....first time aku ke sini, sebelum ini hanya dengar je apa orang cakap pasal masjid ini ...jadi pada suatu hari tu, aku pun pelawa lah ayah aku ke sana..yelah, nak juga tengok senibina nya..tengok gambar dari kawan kawan, menarik dan cantik senibina nya...

Masjid Cina Negeri Melaka
Masjid cina melaka merupakan masjid ketiga selepas masjid Muhamadiah di Ipoh dan Masjid Cina di Rantau Panjang Kelantan yang di bina di Malaysia bercirikan seni bina Negeri Cina...Mula beroperasi pada 27 Jun 2014. Konsep seni bina masjid ini adalah hasil gabungan reka bentuk dari masjid di negeri cina termasuk di Beijing, Shanghai dan Xian.

Keunikannya yang lain, mempunyai dua menara pagoda iaitu merupakan mercu tanda masjid...

Masjid Cina Melaka
Kalau sesiapa yang nak datang ke Masjid ini, ia terletak berhampiran di dalam Mukim Krubong, iaitu berhampiran dengan Stadium Hang Jebat, Melaka...sekali sekala pergi lah sana, tukar angin...

Konsep pengudaraan dalam masjid ini, menggunakan pengudaraan semula jadi...dan masa malam aku pergi tu...memang basah kuyup, serius...tiada penghawa dingin, ada pun kipas je, lagi kipas lagi bahang!, dan orang yang hadir terlalu ramai dan bacaan ayat dari imam pula...padah panjang..hehe. Apa pun..suatu pengalaman bagi aku...bersembahyang di Masjid Cina Negeri Melaka...

Bagi aku lah..memang tak selesa malam tu..sebab aku ni jenis kuat berpeluh, atau tak tahu lah kenapa, mungkin dalam badan banyak syaitan, maybe! bak kata adik aku, kenapa ibu jari tangan aku sebelah besar dan sebelah kecik, adik aku kata pada aku, kau ni iblis ke syaitan ? ermm...dan bila berpeluh, biasa lah...macam macam bau keluar, aku tak selesa sebab mungkin menganggu jemaah sekeliling aku...bagi aku, kalau teringin untuk sembahyang di luar rumah.. aku lebih selesa ke Masjid Selat Melaka....sebab di masjid selat melaka memang sejuk secara semula jadi, yelah angin laut kan.....memang terbaik, dan banyak fasiliti (cafe, perpustakaan) dan dalam masa yang sama luas.

Masjid Selat Negeri Melaka

Kalau korang nak melancong ke negeri Melaka...jangan lupa untuk ke dua masjid ini...rasakan ketenangannya...

6 comments:

  1. Replies
    1. Farhana & Busyra kalau ke Melaka...boleh lah..ke masjid ini...

      Delete
  2. busyra tak penah smpai ke sini lg. bestnyaa

    ReplyDelete
  3. Masjid Selat dah pernah singgah solat tapi Masjid Cina belum lalu je pernah ngeh! ngeh! ngeh!

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.