Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Wednesday, November 08, 2017

Sekadar Renungan Bersama

Entri ini bukan lah nak tunjuk riak ataupun nak tunjuk bagus..cuma sekadar renungan bersama..aku selalu dengar di radio, lihat di televisyen tentang kelebihan bersedekah....dan aku percaya Tuhan sentiasa melihat perbuatan seharian kita...yang penting niat kita...sama lah juga, seperti melaksanakan tugas...jika bangun pagi, kita niat pergi kerja untuk dapatkan rezeki buat anak dan isteri kita...inshaallah segala apa yang kita lakukan di pejabat di permudahkan dan di berkati...duit yang di perolehi setiap bulan pun berkat....

Sama lah seperti bersedekah....kadang kadang ada timbal balik dari apa yang kita perolehi..contoh nya gaji yang kita dapat....dan adakah gaji atau wang yang di perolehi itu..benar benar milik anda ? setelah di tolak tambah dengan aktiviti 'mencuri tulang' seperti minum pagi berjam jam..menonton video di komputer pejabat..mencuri masa kerja dengan berborak dan bergosip, palsukan elaun lebih masa dan sebagainya lah! Betulkah itu wang itu sepenuhnya milik kita ? cuma amalkan ...memberi, iaitu bersedekah samaada dengan wang ringgit ataupun harta benda...bila sudah memberi, janganlah pula mempersoalkan pula...sudah jadi tidak ikhlas..

Peh..dah macam ustaz pula kan ? haha....ubah lah...beri lah walau sedikit pun...tapi besar nilainya di mata yang menerima itu...


Aku suka memberi...kerana aku pernah merasai hidup susah..nak makan nasi pun duit dalam poket ada RM 5.00...masa tu hanya Tuhan yang tahu...bertapa seksanya...tapi percaya lah akan ada sinar nya nanti, Tuhan itu maha Kaya dan Maha Adil...hari ini kita beri orang RM 1, esok Tuhan beri kita pula RM 10.. siapa tahu ? 

belajar lah memberi sedekah

Soal tipu tu tolak tepi dahulu...dan nasihat aku..jika ada duit lebih, beri lah, kita tidak tahu, sama ada isi hati orang tersebut..sama ada benar benar memerlukan ataupun sebaliknya....percaya lah...aku dah mula belajar 'memberi', dan hasilnya...Allah balas berlipat lipat kali ganda...dan hidup kau takkan susah kerana doa orang yang menerima pemberian kau beri tu akan di makbulkan tuhan..inshallah..

Nikmat kesenangan hidup di dunia ini adalah sementara...dan sekejapan Tuhan boleh tarik semula..dan duit tak menjanjikan kebahagiaan yang hakiki, kebahagiaan yang sebenar, adalah orang yang memerlukan tersenyum seketika..... pernah dulu ada seorang perempuan mesej aku untuk meminjam duit...katanya untuk bayar duit cermin mata anaknya...dan aku bank in serta merta..ke nombor akaun nya...bukan puluh, tapi beratus...sedangkan pada masa itu aku ada duit lebih.(tapi sekarang takde sebab zaman inflasi job pun kurang haha).

Apa yang aku minta, tidak perlu untuk membayar semula...tapi, cukuplah hanya doakan aku agar di murahkan rezeki..dan pada sebelah malamnya...wanita itu mesej lagi..katanya..cermin mata telah pun di beli, dan anak nya sudah boleh belajar di sekolah dan gembira kerana dapat cermin mata..janji wanita itu pada aku, akan mengadakan majlis khatam alquran pada waktu itu dan bersama anak nya untuk mendoakan aku agar dimurahkan rezeki...hasilnya...segala urusan aku menjadi mudah...dan rezeki sedikit demi sedikit datang...inshallah Amin.

Kisah Pakcik dari kelantan...di sini

Aku bahagia bila insan yang memerlukan tersenyum dan menikmati kehidupan...soal tipu ke apa ke itu soal kedua...jika ada duit lebih bersedekah lah...pasti ada ganjaran. percayalah.

P/S : Pernah ada seorang kawan bagitahu....bila nampak pengemis ...katanya..baik kau bagi dia duit..mana tahu itu wali atau pun malaikat....dia nak test kau je tu....peh! betul tengok cerita melayu klasik dogeng....ermm

1 comment:

  1. Usah kita menghambakan diri pada duit..kena ingat amalan yang baik kena teruskan usaha menjadi insan yang kamil..inshaAllah

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.