Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE Baju Muslimah Kanak-kanak

Saturday, November 11, 2017

Ternampak Geng Kunyit Bersama Sama

Selamat hari sabtu semua...apa aktiviti korang semua hari ini ? minggu ini takde program, so, sabtu ahad duduk rumah je..malas nak keluar rumah, sebab cuaca panas..hari ini nak habiskan masa di dapur..nak memasak! mula mula plan nak masak sambal sardin..dan sayur campur...tapi ternampak pula geng geng kunyit bersama sama dekat tepi peti ais....hah, apa lagi, kalau dah nampak geng kunyit, teringat pula masak lemak cili api...! peh sedap tu..ok, kita masak lauk ikan masak lemak cili padi lah!

Bahan bahan yang di perlukan untuk masak lemak cili padi..senang je, kalau ikut resepi aku, 3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 2 ulas kunyit, udang kering,  serai 2 batang..dan santan kotak. Sekarang ni nak cari santan original susah sikit...so, pakai santan kotak je...blender bahan bahan tersebut, kecuali santan dan serai ...haha, jangan nanti korang blender santan lak...


Ternampak Geng Kunyit Bersama Sama

Ok, mari panas kan minyak di kuali, lepas tu masukkan hasil blender bawang merah, bawang putih, kunyit...tumis..lepas tu, masukkan santan dan sedikit air..lepas tu masukkan serai dan 2 keping asam keping, selepas mendidih, tambah air sikit..dan masukkan ikan yang telah siap di siang...garam dan sedikit gula, tunggu sehingga mengelegak dan ikan masak....sudah siap untuk di hidang! bukan susah pun masak ni..orang lelaki kalau dah duduk dapur..masak apa pun sedap...kalah orang perempuan tau.! Nak nak kalau jumpa geng kunyit...hahaha 

Kalau nak pedas..boleh masukkan cili padi kisar...ke dalam kuali, supaya pedas, baru kick.! Jom kita 'bersenam' di dapur...Memasak merupakan terapi minda dan fizikal bagi aku....kalau nak hilangka stress...aku akan memasak...

2 comments:

  1. Rupanya ada bakat memasak juga ya..patutlah isteri sayang lebih2 hehehe

    ReplyDelete
  2. santan asli sekarang boleh tahah harganya sebab kos sebiji kelapa sekarang pun dah seringgit lebih =)

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink URL di ruangan komen.

Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.