Safirul Amar Azmi Blog! jom sale Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE BELI DAN DAPAT DISKAUN skinclear

Thursday, December 21, 2017

Akibat Tidak Cukup Tidur

Kepala pening, tidak terkawal dan perlu rehat secukup nya, sebab dah berberapa hari tak tidur secukupnya, dapat tidur pun 2-3 jam je..di tambah lagi dengan cuaca panas terik di luar pejabat, rasa macam nak pitam, apa pun masih mampu lagi bertahan...sebab ada saja perkara yang tidak dapat nak elak, seperti order dari customer dan sebagainya lah, suka tidak suka, kena lah lakukan..demi mencari sesuap nasi...! Maklumlah sebagai ICT Consultant konon nya...! hehe

Rasa macam nak bercuti ke luar negara..ambil angin di luar, tapi ekonomi tak mengizinkan! takpe sabar dan simpan sikit lagi emas sebagai tabungan kecemasan....! Nasib baik esok dah waktu cuti hujung minggu, tapi apa kah pengertian rehat dan masa kualiti sebenarnya dalam diri kita..sedangkan di waktu cuti pun, masih 'sibuk' dengan smartphone...rasanya itu lah yang membuatkan diri kita mabuk dan khayal, hanyut....! sehinggakan masa berlalu begitu cepat, dan lupa masa untuk tidur...!

Zaman kini, pepatah seperti tak makan nasi tak apa, asalkan internet dan smartphone ada...kan ? kesimpulannya..kita hanyut dengan teknologi masa kini....! kalau 5 minit berenggang dengan handphone, rasa macam hidup tak complete..jika dah puas membelek smartphone...di belek nya pula laptop...! sampai bila harus begini, letih dan 'rosak' badan di buatnya....!!

Belum ada lagi, hari tanpa gadget di laksanakan....! haha..cuma yang ada hanyalah kempen bebas rokok dan hari tanpa plastik, dan kedua dua kempen ini telah di wartakan di peringkat negeri, boleh di saman jika ingkar, kalau ada hari tanpa gadget, bagaimanakah hidup kita semua ? mampu kah bertahan ? 

Jom shopping di PG MALL safirul amar
Di waktu hujung minggu, rehat secukupnya dan gunakan lah masa cuti yang ada untuk kita bebas dari gadget-gadget ni semua..sebab di waktu isnin hingga jumaat kita telah luangkan masa dengan gadget..fikirkan semula, sebelum kuali di atas kepala kita...! haha

1 comment:

  1. Asalam Saf..inshaAllah kita atur cara bijak..alat seperti phone penghubung pantas jika ada infor..nanti ketinggalan. Hal rehat...kena bijak. Hahah semalam awal tidur baring2 menonton ..tertidur ..tersedar jam 12. 00 huuu tu yang teronline larut malam..rasa celik semula..hai tak nak lah gitu selalu.

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi