Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE

Wednesday, December 06, 2017

Bengkel Laman Web Di Port Dickson

Alhamdulillah, telah selesai bengkel latihan Laman Web bagi tentera di institut kejuruteraan tentera darat yang bertempat di port dickson, tempohari lalu. Bengkel ini adalah untuk siri yang kedua, dimana tujuannya, untuk menambah baik dari yang sebelum, dan selepas selesai bengkel, rata rata feedback dari tentera ni semua memberi respon yang positif..itu yang aku mahukan, dan cuba memberikan pemahaman supaya mereka faham betul betul.

Pertama kali mengajar di Kem tentera, so kenalah mengikut undang undang mereka, tepati masa, disiplin dan melaporkan diri setiap kali keluar masuk...namun apa nak buat, ikut sahajalah.

Sepanjang bengkel ini berlangsung,  mereka di ajar dari kosong maksudnya dari proses installation web server, installation module / plugins hinggalah ke fasa pembangunan laman web, dan bukan berkaitan dengan joomla sahaja, aku juga menyelitkan pembelajaran bagi perisian adobe photoshop dan basic coding HTML dan CSS, tujuannya adalah untuk membaiki error dan customize website. Sebagai webmaster, tidak cukup untuk membangunkan kan website sahaja (walaupun intranet) , malah perlu juga mempunyai asas design dan asas coding seperti HTML dan CSS. Kebanyakkannya peserta yang hadir ke kelas aku sebelum ini, mereka 'berjaya' membangunkan Website perniagaan mereka, dan dalam masa yang sama, 'tidak sempurna' kerana tiada asas untuk customize banner web mereka, dan menggunakan basic HTML untuk menampakan website itu lebih menarik. Maklumlah kelas yang di jalankan sebelum ini, selama 1 hari sahaja, dan yang untuk bengkel di kem tentera ini, berlangsung selama empat (4) hari...itu yang boleh ajar Photoshop dan CSS / HTML...! hehe.

BELI DAN DAPAT DISKAUN

Alhamdulillah, mereka berjaya menyiapkan website yang lengkap dengan banner web jabatan / unit mereka, menghasilkan poster untuk di letakkan di web, customize module position, dan yang paling penting, peserta TERSENYUM kerana berjaya membuat website walaupun mereka bukan di dalam bidang ICT.

kursus laman web di IJED portdickson

Sebenarnya, walaupun kita dah faham cara cara nak buat website, kena sentiasa praktis dan cuba...! buat la apa pun sekalipun...jika kita tak amalkan, pasti lupa...! Di hari akhir sebelum perasmian penutup, setiap peserta di kehendaki membuat presentation, dan mereka meminta aku memilih tiga (3) yang terbaik...! semua nya terbaik...dan tiada yang 'terlepas' dari tugasan.....! Kalau nak mengajar ni kena ajar dengan cara yang mudah di fahami...!   Barulah pelajar faham apa yang kita sampaikan! 

Ok, mari kita lihat website yang mereka hasil kan, gambar ambil banyak...cuma 1 dua sahaja..sebab jadi juri penilai kan....! haha


kursus laman web di IJED portdickson

kursus laman web di IJED portdickson

Ok, untuk makluman semua yang berminat, pada 10 Disember 2017, ada kelas laman web, kepada yang berminat, boleh emel aku di safirulamar@gmail.com atau boleh whats app di 016 6474201. Tempat terhad..

7 comments:

  1. Tahniah sahabat blogger Saf..terbaik..setuju sekali mengajar kena cara mudah baru difahamai

    ReplyDelete
  2. Asalam Saf..boleh ajar kah cara nak log in semula akaun blog yang kita tak tahu atau kita lupa pasword. email kan kat saya ya..boleh tak bantu..email ke amohdazali263@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Tahniah kerana anda telah terpilih sebagai salah seorang pemenang SPM Fever Giveaway! Untuk makluman lanjut dan cara untuk menuntut hadiah anda, sila klik pautan di bawah. Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2017/12/senarai-pemenang-spm-fever-giveaway.html

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Mudah....boleh call atau whats app saya kalau nak join kelas

      Delete
  5. tahniah menjadi pemenang SPM Fever Giveaway!

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi