Safirul Amar Azmi Blog! jom sale Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE healthydrink BELI DAN DAPAT DISKAUN

Tuesday, December 19, 2017

Bukan Senang Nak Jadi Ketua

Bukan senang nak jadi orang atasan, kena bijak buat keputusan akhir, dan kena ada ilmu serba serbi, dengan ada ilmu pengetahuan yang luas, barulah boleh menjadi orang atasan yang di segani oleh kakitangan bawahan. Jangan tahu memaki hamun tanpa sebab, menghukum membuta tuli dan mengarah itu ini..tanpa bimbingan...! Itulah yang terjadi di sesetengah agensi baik di sektor swasta mahupun di sektor kerajaan. Hanya tahu tulis 'sila urus', 'sila ambil tindakan' sahaja..dan orang bawahan pula terpinga pinga...! Kesian sungguh bila mendapat orang atasan yang macam ini...dan lagi kesian dengan orang bawahan yang seperti pak turut..! mengikut sahaja walaupun perkara yang di lakukan itu salah! 

Bukan senang nak jadi ketua! ya, kena ada ilmu dan pengalaman secukupnya..dan bijak dalam membuat keputusan! walaupun di saat saat kritikal, mampu menangani sebarang masalah dengan cemerlang, bukan meletakkan sepenuhnya di bahu kakitangan bawahan.

Bak kata orang..ikan busuk dari kepala nya dulu, baru ekor...! Kalau bos nya sudah tidak betul, apa tah lagi orang bawahan nya...! sampai bila harus bersifat seperti Tuah yang setia dan taat kepada ketuanya...! Jika salah tegur...bukan mengiyakan macam orang bodoh piang...! Sudah lah bodoh..di cucuk hidung di tarik ke sana sini pula...! 

Ada kes...di mana seorang kakitangan bawahan hanya menyampaikan arahan yang di keluarkan dari bos nya..dan kesudahan nya arahan itu tidak betul, dan staff bawahan yang di persalahkan oleh seorang pelanggan, sedangkan bos dia yang nampak bodoh dan tidak pandai membuat keputusan dan seterusnya mengambil langkah selamat, dengan senyap dan hilang...!! 

Bukan senang nak jadi ketua...jika telah di amanahkan jawatan itu kepada anda...jadilah ketua yang bijak mengurus, bijak berkomunikasi dengan kakitangan bawahan, dan bijak serba serbi. Jangan jadi bos yang tak guna serba serbi,  tapi cukup bulan ambil gaji bagi anak bini makan....! Jangan hanya pandai bagi projek pada ahli keluarga terdekat dan main golf sahaja....! hehe,sebut golf, dah lama aku tak main golf...! ada seorang rakan bagitahu...pengertian sebenar golf itu ialah Golongan Orang Lemah Fikiran...! haha... ke situ pula, dan ada juga yang beritahu, kalau nak tahu, siapa kawan dan siapa musuh kita, cubalah main golf!

1 comment:

  1. Asalamualaikum Saf.betul bukan perkara mudah nak jadi ketua ni, kena betul2 jadi pemimpin yang berkarisma..baru yang bawahan percaya

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi