Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE BELI DAN DAPAT DISKAUN SKYTECH CREATIVE

Saturday, December 02, 2017

Membeli Bagai Nak Gila

Baru baru ini ada sebuah pasaraya di Melaka yang melelong barangan mereka di sebabkan penutupan cawangan, kadar diskaun memang tak masuk akal...kalau lihat secara kasar nya..memang murah lah dari harga yang sebenar...

Memang ramai yang datang...membeli! Memborong bagai nak gila..tapi, aku hanya mampu melihat sahaja, nak khabarkan, orang ramai dah tak fikir apa dah....keadaan dulu nya yang suram..kini seperti pesta atau seperti di pasar malam suasana nya...hehe

Esok kalau bila tiba tengah bulan...duit sudah habis,jangan pandai komen kata kerajaan teruk la, di zaman inflasi lah...harga barang naik lah...sedangkan kita beli barang dengan harga yang mahal sebenarnya...! Orang lebih gemar duduk rumah dan hanya menunggu cheap sale sahaja....!


Jualan murah tak masuk akal


Sebulan sebelum promotion gila gila di buat...aku ada ternampak baju t shirt collar berjenama dengan harga RM 70.++...masa tu..rasa macam mahal...jadi hold dulu, dan akhirnya..dengar ada sale gila gila..dan aku pun jengah ke pasaraya tersebut, dan terkejut lihat 'harga' selepas less....bukan RM 70.++, tapi ....RM 110.++...wow! Itu selepas less 70%....!!! Bukan murah..tapi makin mahal...!

Namun begitu....ada juga harga yang murah...dan ada perbezaan nya dari sebelum, mestilah ada kira kira untuk kurangkan di situ..naikkan di sini...lah! Barulah dapat melepasi kos modal dan untung. 

Yang jadi sedih...semua orang teruja membeli....beratur panjang, dan sanggup membayar parking walaupun RM 5 per entri..moral of the story, kena juga selalu lihat harga dengan walk in window shopping....baru dapat membandingkan harga...

Barang dan kualiti yang sama, kenapa perlu bayar lebih? 

2 comments:

  1. org pompuan pantang nampak SALE hahaha

    ReplyDelete
  2. alamak makin mahal tu..gila nak beli..jutawan ja dapat beli..Berjimat cermatlah kita semua..

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi