Safirul Amar Azmi Blog! lazada best Biznes Bakeri rahsia temuduga Website 7 days Baju Muslimah Kanak-kanak

Thursday, February 23, 2017

Cara Cara Mudah Download Video Dari Youtube

Baru tahu cara yang lebih mudah untuk memuat turun video dari Youtube..sangat mudah dan ringkas dari tutorial yang aku tulis sebelum ini, boleh lihat di sini. Walaubagaimana pun banyak cara nak download video dari youtube, banyak platform boleh di gunakan, samaada menggunakan ytconv, youtube downloader, keepvid.com dan lain lain, terpulang kepada masing masing, kali ini, lagi mudah dan cepat! serius...

Ok mari kita lihat bagaimana cara cara mudah download video dari youtube, bagaimanakah cara caranya ? yang paling utama sekali, perlu lah ada talian internet, kalau tiada internet pun, guna cara apa pun alamatnya tidak akan menjadi lah...

Ok mari kita lihat cara cara mudah download video dari youtube..

Saturday, February 18, 2017

Sibuk Di Hujung Minggu Pula

Hai semua, salam sabtu dan selamat berhujung minggu bersama orang yang tersayang, hujung minggu lah waktu untuk berehat bersama keluarga, tapi aku ? hari minggu ada kelas pula..ermm terpaksalah bangun awal pagi..biasanya sabtu dan ahad, aku bangun lewat, yelah kan, isnin dan jumaat dah bangun awal pagi sebab nak pergi kerja..kini, sibuk di hujung minggu pula!!

Dalam masa yang sama juga, tiba tiba teringat kan blog usang aku ni...erm agak lama juga lah tak kemaskini, berbeza di tahun lepas..tahun ni nak dapatkan 1 entri yang berkualiti pun susah...hehe

Banyak idea nak menulis...tapi bila buka laptop..terus lupa semua yang nak di tulis..hehe...tapi walau macam mana pun, masih blog walking blog blog korang semua...jadi silent reader, seronok gak! hehe, kadang kadang aku jenguk juga blog sendiri...lihat statistik nuffnang, oh, trafic masih stabil dan maintain, oh..mungkin sebab dah develop SEO, based on searching on google lah tu kot...ok la tu, walaupun tak update, trafic masih stabil..!

Sunday, February 05, 2017

Sibuk Dengan Tugas Hakiki

Salam semua kepada rakan rakan, pembaca setia blog ini, tahun ni sungguh mencabar bagi aku, sebab tak menang tangan di sebabkan sibuk di tempat kerja, maklumlah kan, tahun baru, semua benda nak baru..macam hidup kita juga, mestilah nak upgrade kan, tahun silih berganti, masa sentiasa pantas berlalu, takkan kita nak berada di tahap yang lama juga kan, tahun ni kena kerja keras sedikit...kepada korang yang mana menyertai segmen mini giveaway anjuran aku tempohari, boleh lihat di sini

Bagi pemenang wang tunai di tempat pertama dan kedua, alhamdulillah, telah bank secara online kepada pemenang, cuma pemenang hadiah saguhati sahaja, iaitu pemenang saguhati akan menerima banner animated format web iaitu gif, ada 4 pemenang yang berjaya mendapat saguhati...

Janganlah berkecil hati, maaf sangat sangat, sebab sibuk dengan tugas, insyallah dalam masa yang terdekat, aku akan compilekan sekali ke empat empat pemenang....tunggu, tahu tahu ada je, di bahagian atas header blog aku..hehe..sabar.

Sibuk dengan tugas hakiki...

Saturday, February 04, 2017

Cara Nak Hack Password

Cara untuk hack dan view password jika anda terlupa, ialah dengan cara menggunakan inspect element, biasanya aku gunakan cara ini untuk mendapatkan kata laluan, dan seterusnya buka ke komputer yang lain, yelah malas nak tulis satu persatu huruf, hanya set remember je..tapi sebenarnya data tak selamat sebab takut orang godam..contoh macam mana nak dapatkan semula password dot dot dot, anda, boleh lah (lihat gambar bawah).

Cara nak view dan hack password
Gambar 1
Mudah sahaja, hanya perlu right click pada dot dot password (lihat gambar di bawah),

Cara nak hack dan view password
Gambar 2

Duit Dari Internet