Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE Biztudung

Friday, October 20, 2017

Badan Sihat Otak Cergas

Sebenarnya dah lama aku tak bersukan...banyak 'bersukan' di smartphone je...maksudnya main game bola, badminton, tenis ...haha, sekarang macam macam game ada di playstore...game mancing pun ada beb....so, dah tak payah nak pergi mancing kat luar..mancing kat dalam smartphone je...ikan pun besar besar.....

Bila mula bersukan lepas waktu kerja....terasa ringan sikit badan ni....tapi lepas tu, sakit sakit badan..kaki dan tangan..tak tahu lah kenapa..maybe banyak angin...Seronok bila bersukan...tak kiralah apa pun permainan, golf, badminton, sepak takraw, bola sepak, futsal, atleast 30 minit....setiap hari, barulah badan sihat otak cergas....kan?

BADAN SIHAT OTAK CERGAS
Kalau dulu sukan yang aku minat..sepak takraw..sukan yang paling best dan menguji ketahanan mental, siapa yang mental tak kuat, comfirm kalah...balik rumah, berbekas birat badan kena libas dengan bola takraw...hehe..pernah main, sampai bergaduh gaduh dalam gelanggang masa terbuka negeri.

Umur dah jejak 33 tahun, kena aktif sukan..asyik kerja siang malam, kaya nya tidak...kena fikir kesihatan badan juga...macam jaga kereta, sampai masa kena service, macam tu juga badan kita...sekali sekala kena 'service', kereta rosak, boleh cari sparepart...tapi kalau komponen dalaman badan kita rosak....mana nak cari ganti ? Hidup hanya sekali...manfaat kan sebaik baiknya..

BADAN SIHAT OTAK CERGAS

Terasa macam chong wei pula...bila main badminton ni...tapi sayang...bila dah lama tinggal sukan ni, pukul shuttle cock pun tak kena....dulu sewa court (gelanggang) seinggat aku lah, lebih kurang RM 6-7 / 1Jam, tapi sekarang RM 10 / Jam....tak apalah, nak sihat punya pasal..

Bila cerita nak bersukan dan mengamalkan cara hidup sihat ....aku masih lagi merokok...macam mana nak sihat..kalau merokok..takpe perlahan lahan, sekarang ni pun dah kurang hisap rokok...bila tension di tempat kerja dan berhadapan client sahaja hisap rokok....

Semput masa bersukan? ermm ok je kot..stamina masih ada...cuma pukul bola je tak kena...hahahaha, jom kita amalkan kempen BADAN SIHAT OTAK CERGAS...kepada budak budak wicet yang baru nak habis sekolah tu, dari korang bercerita di facebook merepek meraban macam pakar ekonomi, pakar politik, baik korang bersukan.....baru otak cergas, ni tak, dah le otak takde, badan pun tak sihat.

Lawak Betul Lah

Masa berlalu begitu pantas, sampai kan dah jumaat last day waktu kerja pun tak perasan, apa tak nya, cuti umum malaysia pada hari rabu sempena perayaan deepavali...cuti sehari, hari khamis dah kerja semula, bila 'first day' kerja (khamis) terasa macam hari isnin...tengok jadual mesyuarat di email dan di memo (surat) banyak meeting pada hari jumaat (20/10/2017), erm aku pun senyum lah, dan berkata dalam hati (ah, lama lagi pun, baru isnin).

Last minit baru perasan yang sebenarnya 'first day' yang di aku fikir hari isnin tu ialah hari khamis rupanya...blank sekejap...haha.  Biasanya bila waktu di zaman persekolahan je, nak kena ingat tarikh dan hari apa...bila dah melangkah ke alam pekerjaan, waktu, tarikh, tahun pun buat tak kisah je..kadang kadang kena tengok telefon..baru tahu. 

Sampai macam tu sekali aku ni....kan, dan yang kelakar nya, semasa breakfast dengan rakan, boleh pula aku tanya rakan tu, hari isnin ni apa aktiviti...member pula jawab, takde apa apa aktiviti, khamis je sibuk....banyak meeting. alahai.....padahal hari tersebut, adalah hari khamis. Sampai masa, makan ubat jelah, kuat betul sakit nya..haha

Lawak betul lah...

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi