Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE Biztudung

Monday, October 30, 2017

Kalau Sudah Tertulis

Minggu ini aku pergi memancing di pantai berdekatan dengan Masjid Selat Melaka...seperti biasa lah, penantian yang tidak mengecewakan dan alhamdulillah, berjaya menaikkan ikan serkut, boleh lah daripada tak dapat langsung...kalau goreng pun ada juga lah isi...haha

memancing di masjid selat melaka
Sebenarnya dah lama aku tak memancing, rasa nya hampir setahun tak mancing, last mancing pantai pun pada bulan oktober 2016, masa tu, pun boleh tahan juga hasilnya, dapat senangin, boleh baca kisah dapat ikan di SINI....banyak dah rod mancing aku jual..mungkin sebab tiada masa di sebabkan banyak mengajar dan sibuk di pejabat.........

Aku memang suka datang sini..sebab hasilnya agak berbaloi walaupun terpaksa menunggu 5-6 jam...apa nak buat..sabar, dan pasti ada rezekinya....betulkan niat kita untuk cari rezeki. Di tempat yang sama juga..aku mendapat seekor ikan pari.....memang tak di sangka sangka..namun apa nak di katakan rezeki...cukuplah lauk untuk 2-3 hari...boleh baca kisah pari di SINI

Petua untuk dapat ikan yang aku pelajari dari seorang tua yang datang menghampiri aku pada suatu ketika dulu semasa memancing betuk di sungai...ialah, bila orang lain dapat ikan, jangan pertikaikan dan jangan iri hati / dengki dan kutuk mengutuk, malah syukur...dan berdoa lah pada tuhan agar, kita juga dapat memperolehi ikan seperti mereka. Nampak seperti lucu...tapi sebenarnya...itulah rahsia nya. 

Kalau tak dapat tak apalah....maknanya bukan rezeki kita, mungkin kalau bukan hari ini, mungkin esok, lusa, tahun depan...ermm siapa tahu ? kalau sudah tertulis oleh nya...maka itu lah dia. Pernah tak balik rumah 3 hari..sebab memancing....dan akhirnya aku beli ikan merah dan ikan kembung 3 kilo, bagi pada mak ayah....diorang dapat detect yang aku menipu, sebab takde kesan matakail kat mulut dan perut ikan....itu satu kali je penipuan yang aku buat...haha...

Oh lupa....di tempat yang sama juga, aku pernah dapat ikan kurau...so far, ini lah ikan yang besar aku pernah dapat di kawasan pantai....boleh baca di SINI

How to remove text Open Source Content Management

How to remove text "Open Source Content Management" and Joomla di Header Beez3 templates ? Ok, biasanya perkataan "Open Source Content Management" dan Joomla logo ini akan terdapat di Beez 3 templates, aku sendiri pun kalau membangunkan web, kadang kadang menggunakan default templates yang di berikan oleh Joomla, iaitu Beez 3, cara nak buang banner, teks dan logo tu sebenarnya mudah sahaja, dan yang paling 'susah' bagi aku lah...haha, iaitu macamana nak buang description dan title teks tu, sebab bukan di coding tapi sebenarnya di template setting itu sendiri, di dalam CMS control panel itu sendiri.

Ok caranya mudah, boleh ikuti langkah yang di tunjukkan di bawah, cara ini mungkin dapat menyelamatkan 'keadaan' di mana , perkataan berkaitan joomla, dapat di buang, dan anda boleh memasukkan custom teks yang anda mahukan. 

Kalau dari segi SEO (Search Engine Optimization) mungkin akan memberi effect kepada web anda jika membiarkan kosong di bahagian title dan description, kerana robot di search engine tidak dapat kenal pasti blog anda, dan sekaligus menyukarkan end user untuk melayari laman web anda.  Itu pandangan aku...namun terpulang lah kepada anda semua...kalau nak guna template beez3 ni, boleh lah guna langkah langkah ini. 

How To Preview Modul Position In Joomla 3 Templates

How to preview modul position in Joomla 3 templates ? This tutorial is for Joomla 2.5 or 3.x and above where how to enable the position to place the modul or gadjet at your website templates. Boleh ikuti langkah langkah seperti dinyatakan di bawah.

Ramai yang kurang faham, macam mana nak preview modul di Joomla, preview modul sangat penting, kerana jika kita tidak tahu position, susah untuk kita tambah module, component ataupun plugins. Ok, mari kita pelajari satu persatu langkah. Sangat mudah dan di harapkan dapat membantu anda untuk membina laman web.  How to preview modul position in Joomla 3 templates

Ok, mula mula sekali, sila login CMS administrator, dan selepas berjaya login CMS Administrator, sila ikuti langkah di bawah ini ;

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi