Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE Biztudung

Monday, November 20, 2017

Aku Yang Busuk

Sampai je aku ke pejabat..terus ada staf jual perfume minyak wangi, katanya untuk kereta, yelah takkan untuk motor pula kan..ermm..dalam hati terfikir, nak beli ke tak ? sebab duit dalam kocek ada RM 30 je..lagipun aku bukan seorang yang suka pewangi...pergi kerja rambut pun sikat guna jari..haha, kalau nak wangi sikit..letak bedak johnson je..itu pun dah boleh menceriakan pagi aku..

Tak suka pewangi bukan lah bererti aku ni seorang yang busuk...haha, maksud nya aku ni jenis tak suka dan tak minat nak 'wangi' sangat, boleh demam selsema sebab bau perfume 'menyengat' hidung aku hehe....bagi aku lah, kan dah mandi sebelum ke office, sabun dan shampoo...lepas tu pakai bedak, dan siap-siap pakai baju kerja..kira ok la tu, apa nak tenyeh tenyeh lagi perfume..sampai petang, busuk juga...hehe begitu lah kehidupan aku...yang simple, maskulin dan yang penting hensem berpanjangan!..kehkeh

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi