Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE Biztudung

Wednesday, December 06, 2017

Bengkel Laman Web Di Port Dickson

Alhamdulillah, telah selesai bengkel latihan Laman Web bagi tentera di institut kejuruteraan tentera darat yang bertempat di port dickson, tempohari lalu. Bengkel ini adalah untuk siri yang kedua, dimana tujuannya, untuk menambah baik dari yang sebelum, dan selepas selesai bengkel, rata rata feedback dari tentera ni semua memberi respon yang positif..itu yang aku mahukan, dan cuba memberikan pemahaman supaya mereka faham betul betul.

Pertama kali mengajar di Kem tentera, so kenalah mengikut undang undang mereka, tepati masa, disiplin dan melaporkan diri setiap kali keluar masuk...namun apa nak buat, ikut sahajalah.

Berguna Di Waktu Kecemasan

Ramai yang busy minggu ini, PAU aje yang di sebut dan mahu pergi ke PAU ? puas aku fikir....kenapa korang asyik sebut PAU-PAU ni.....game PAU ke sampai dapat elaun ? atau kuih Pau ? Aik..takkan makan kuih PAU dapat duit ? pelik pelik, aku install game PAU, tak dapat pun duit!... rupa rupanya PAU yang di maksudkan itu ialah Perhimpunan Agung UMNO...wah! betul bersemangat ya kali ini ahli ahli..apa pula topik kali ini yang di bincangkan ? Sehinggakan menjadi hangat di perkatakan ?

Apa pun lupakan pasal PAU...siapa yang ahli parti..boleh lah menyertai PAU..hehe, hari ini aku tengok graf emas di public gold...emas jatuh lagi kepada RM 182 / Gram. Semalam rasanya RM 184 / Gram. Tauke emas kata..inilah masanya untuk membeli...!Sebenarnya banyak kelebihan menyimpan emas, korang boleh simpan sikit sikit, minimum RM 100 kedalam akaun GAP Public Gold...kalau sudah cukup gram dalam akaun simapan, korang boleh keluarkan fizikal, jika di waktu kecemasan, boleh pajak di pejabat pos yang mempunyai Ar Rahnu yang berhampiran, anda akan mendapat pinjaman mengikut harga emas semasa!...Boleh baca artikel mengenai emas di sini . http://www.safirulamar.com/2017/06/akaun-simpanan-emas-gap.html

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi