Safirul Amar Azmi Blog! jom sale Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE healthydrink BELI DAN DAPAT DISKAUN

Tuesday, March 06, 2018

Terpaksa Melepaskan

Rasa sedih sebab terpaksa melepaskan benda yang aku sayang,  selepas 7 tahun bersama, susah senang, segala yang pahit manis, semuanya bersama dengan nya, siapa 'beliau' itu ? hehe...itulah kekasih aku, iaitu Perodua Alza.

Bukan sengaja nak melepas kan begitu sahaja, ada berberapa faktor, dan salah satunya adalah faktor ekonomi, di sebabkan value kereta yang semakin jatuh. Masa beli 75K dan kini jual, used car ambil pun 28K..sedih betul! Tak apa lah, yang penting tutup hutang....! 

Zaman kini, keadaan sungguh mencabar, kena kurangkan gaya hidup keterlaluan dan dahulu kan keperluan berbanding kehendak...! apa pun beruntung, tuan-puan baru dak alza....! sebab aku memang jaga alza tu...cukup time service di perodua centre...! biar mahal, asalkan tahan lama...!


kereta kesayangan aku
Alza ini banyak berjasa pada aku...sebab kereta ini, ada keistimewaan yang kereta SUV dan MPV lain takde...iaitu, boleh angkut sofa dan almari...haha..! memang terbaik. 

Boleh baca kisah masa mula mula plan nak ambil alza di sini. http://www.safirulamar.com/2012/08/dalam-dilema.html

Seperti biasa, kalau asyik bercakap nak jual kereta bila di dalam kereta tu, comfirm kereta tu merajuk..haha, seminggu sebelum nak jual, itu tercabut la, ini tercabut lah....lepas pujuk, terus ok....! apa pun, biarlah menjadi kenangan terindah sepanjang hidup....! Sekadar merasai, hanya ketika di dunia...! 

2 comments:

  1. Tukar..sebab amaun bulanan lebih kurang sama, beza baru dan lama je...:)

    ReplyDelete

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi