Safirul Amar Azmi Blog! Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE BELI DAN DAPAT DISKAUN SKYTECH CREATIVE

Wednesday, May 02, 2018

Dunia Semakin Terbalik

Dunia semakin terbalik, manusia begitu taksub menyanjungi ahli politik, menjulang bagai nak rak, sedangkan manusia manusia ini, tidak pula berusaha mendapatkan ilmu malah gemar menyebarkan berita palsu...aku semakin malas untuk berkata kata soal politik, salah tetap salah, benar tetap benar. Berita yang tidak pasti, lebih baik diam..! Tidak ada apa yang perlu di sangkal lagi...tidak usahlah menegakkan benang yang basah...

Pilihan raya bakal tiba...pilihlah calon yang benar benar ikhlas bekerja untuk rakyat, tidak perlu sanjung lebih lebih, cukup lah sekadar menghormati sahaja, sedangkan 'YB' ini di lantik oleh rakyat juga....! kebanyakkannya YB yang menang di kawasan masing masing selepas PRU memang susah untuk bekerjasama dengan rakyat, malah terlalu banyak birokrasi! macam bola kita di buatnya...


Sebelum dapat...lembut lidah...dah dapat! habis madu sepah di buang...haha! ikhlas bekerja untuk rakyat, bukan besarkan poket sendiri dan kroni! Dah tahu ke belum lokasi tempat korang nak buang undi nanti ? Boleh download MySPR Semak di google play store...! cuba lah..

Aku lebih suka karakter seperti Azwan ali, yang lantang bersuara....! Itulah diri dia yang sebenar, bukan plastik suka berpura pura macam ahli politik yang lain... dan  cuba korang bayangkan kalau dia bercakap di dewan parlimen ? ko ada? haha ..aku kalau undi di kawasan dia...aku dah undi dia...! ya..dia cetek bab bab politik.....! bukan kah boleh belajar ?

Bukan susah pun...dengan rakyat..tak perlu menggunakan bahasa bahasa tinggi....! make it simple and less birokrasi..! cukup........hanya bawa aduan dan masalah berkaitan usul rakyat dan selesaikan aduan mengikut prosedur....! Sebagai ahli politik..kau cakap bahasa tinggi sangat pun..kau ingat orang kampung faham ke ?

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi