Sebuah lagi Misteri Berlaku Di Rembia yang berlaku pada diri ini, berlaku di sebuah medan selera yang terletak di RNR Rembia Alor Gajah. Masa tu ada tugas mengajar di daerah alor gajah, nama tempatnya brisu, ermm macam tuh lah tapi sebelum ke sana, ingat nak isi perut dulu yang kelaparan yela nak mengajar kan, kena bersemangat dan bertenaga, macam mana student nak faham, kalau perut pengajar.

Dalam kebetulan menuju ke lokasi mengajar, ternampak perhentian rawat dan rehat (R&R) rembia, baik juga kalau berhenti di sini, bolehlah alas perut. Misteri Senduk Di Rembia Alor Gajah ini mula hadir apabila tiada senduk di setiap bekas lauk yang di sajikan, macam mana nak ambil kuah dan lauk ni? aku ni jenis bukan yang kuat makan, kalau ambil lauk pun sikit je, semasa jengah lauk, tuan kedai datang, diam je, aku pun tanya dia, Cik, mana senduk, saya nak ambil lauk ni, dia jawab, nak ambil apa ? aku jawab lah nak ambil kuah dan bendi sedikit, boleh ? Eh tak boleh kalau nak kuah dan bendi sahaja? kena ambil ikan sekali satu set, baru boleh ambil bendi dan lauk jawan Makcik tu

Adui, masalahnya ikan dalam lauk tu semua besar gila, berapa harga nya tu kalau kira set siap ikan?makcik tua tu kata kalau set, harganya RM 10, siap bendi, terung dan kuah, eh..macam tu pula! bila dah tahu harga, RM 10.00, aku pun cakap lah bukan nak makan banyak pun, cuma nak alas perut je, kalau macam ini, saya ambil 1 set lah. 

Aduh, memang geram betul la dengan kedai ni, boleh pula macam ini, siap nak sorok senduk, apa lah salahnya orang nak makan, biarlah pelanggan membuat pilihan dia sendiri.  

Misteri Senduk Tiada Di Rembia

Alasan nya ramai pelanggan yang datang hanya makan nasi, kuah dan sedikit sayur, makcik tu tak boleh pusing modal! sebab harga ikan mahal, kata makcik yang berusia dalam linkungan 35-40 an itu, Begitulah kisah yang dilalui sendiri penulis , kelakar dan geram dengan Kisah Senduk Di Rembia Alor Gajah.

2 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar