Safirul Amar Azmi Blog! jom sale Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE BELI DAN DAPAT DISKAUN skinclear

Tuesday, July 17, 2018

Yang Tersendiri

Bagi kehidupan aku muzik amat menceritakan dan mengimbaukan segala memori yang berlaku pada ketika itu, kadang kadang menyentuh jiwa..bila terdengar lagu lagu kegemaran atau lagu yang di dengar masa kecik kecik...tiba tiba sayu je hati bila mendengar semula....susah kalau ada darah seni ni...haha

Aku membesar dengan lagu lagu dari kumpulan ukays, search, wings, slam itu baru lagu, belum lagi movie...tahun 1992-1994 memang pergi sekolah balik sekolah..dengar lagu seperti Isabela, gadis misteri, nur kasih, harum subur di hati, seribu tahun takkan mungkin....dan yang paling rare kaset aku beli...haha, album KRU oh la la....rindu zaman kaset weh!



Sama masa zaman bercinta...haha, masing masing dedicated lagu pada orang yang tersayang...tak salah aku lah, lagu yang top kalau jiwang jiwang ni.....dari sweet child (tinggallah sayang tinggallah pujaan), dan dari kumpulan SCOIN..

Budak office ini ramai yang cakap aku ketinggalan zaman....sebab selalu buka lagu lagu lama, contoh nya dari SM Salim, hattan, wings, BPR, ukays dan lain lain...setiap lagu tu ada memorinya yang tersendiri....! kadang kadang bila teringat balik, zaman tahun 90 an, memang heaven betul...! Masa tu smart phone , whats app ni semua mana ada...!

1 comment:

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi