Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE Biztudung

Thursday, August 16, 2018

Cara Cara Hilangkan Error Di Web Page

Ini adalah cara cara untuk hilangkan error di web page anda seperti Notice : Undefined index option : search in C:\xampp\htdocs\bla bla bla  . Bila error keluar tiba tiba setiap page web korang, mesti pening kepala kan ? apa coding yang problem, variable apa yang tak declare dan sebagainya.... kalau di JOOMLA versi 2.5 atau 3.6 - ke atas, ada bahagian enable or disable error di global configuration. Tapi bagaimana di script PHP ? Kenapa terjadi error undefined index ini ?

Jawapan kenapa terjadi error seperti ini ialah kerana versi PHP / Apache yang di bangunkan pada ketika itu tidak relevan lagi di gunakan pada masa ini kerana telah update versi PHP yang paling terbaru. Haish...! 

Cara nya untuk membaiki error Notice : Undefined index in C:\xampp\  ialah dengan menyalin dan meletakkan coding ini di bahagian atas di dalam setiap fail .php anda  yang keluar error itu. letakkan di bahagian paling atas sekali di dalam coding anda (di setiap fail php yang keluar error undefined).

Banyak Betul Error Di Blog

Aduh, banyak betul crawl error d blog, patutlah prestasi blog makin merosot, rupa rupa nya ada banyak crawling error. Response Error code kebanyakkannya 404, page not found. huh! So, masa untuk memperbetulkan URL yang error tersebut dengan fetch and render url link tersebut. Sementara membaiki URL tersebut, boleh cuba cara-cara membuat redirect page ke laman utama, ini bertujuan untuk mengelakkan dari pelayar web melihat error PAGE NOT FOUND. Huhu

Korang boleh lihat cara-cara membuat redirect page itu di SINI. Aku ada bekalkan coding di paste bin, copy and paste coding tersebut di area setting - > error and redirections.


digi

Ramai bloggers yang membuat segment blog list, di mana memasukkan senarai blog yang menang di area blog list mereka. Ya, satu usaha yang bagus untuk meningkatkan traffic, tapi tahukah anda...! blog dan penulis yang bermasalah di mana tak fikir panjang, kelam kabut dalam menyediakan post, lepas tu padam posting mereka....secara tidak langsung akan MENJEJASKAN BLOG ANDA dan meninggalkan broken link mereka di blog kita dalam tak sedar......

Monday, August 13, 2018

Tiga Sebab Kita Kesempitan Wang

Berikut ada lah tiga (3) sebab kenapa kita Kesempitan wang, ini hasil hands on atau pengalaman dari diri aku sendiri (yang terjadi) dan tidak membabitkan dengan sesiapa yang hidup. Mungkin boleh ambil iktibar sedikit dari apa yang aku ingin cuba sampaikan di bawah.

Ya, banyak lagi sebab sebab kenapa kita selalu kesempitan wang kalau menurut Agama antaranya seperti wang tak berkat, wang di perolehi dari sumber yang haram, makan harta anak yatim dan sebagainya, maka nya, wang sentiasa tidak cukup dan lain lain....kalau nak di beritahu puncanya banyak, tapi 3 (tiga) sebab yang di nyatakan di bawah adalah perkara yang biasa kita dengar, kadang kadang terjadi di dalam hidup kita, kita hadapi, dan mungkin kita lakukan dan namun masih boleh di elakkan, di rawat , dan harus sentiasa berhati hati. Langit tak selalunya cerah, ibarat macam roda, kadang kadang kita di atas, dan kadang kita di bawah. CASH IS KING SOMETIME AND FOR MANY TIMES WE NEED CASH IN OUR LIFE. haha.

Walau macamana pun, jika kita mempunyai CASH FLOW yang teruk buat masa ini, cuba jual barang apa yang boleh di jual, tutup hutang mana yang boleh, dan TAUBAT seterusnya BINA SEMULA KEKAYAAN.

Dan juga lupa belajar MEMBERI......lagi banyak kita memberi walaupun sedikit...pasti akan ada rezeki kita perolehi nanti. Boleh baca kisah memberi di sini


Wednesday, August 08, 2018

Aplikasi Find My Device

Pening kepala sebab mencari barang yang hilang ? memang pening kepala kalau mencari barang hilang atau tercicir, apatah lagi barang yang kerap kita pegang hari hari seperti telefon, tab, ipad dan sebagainya, selagi nama nya teknologi, sudah pasti boleh di temui (inshallah), jika kita bersedia dari awal, seperti memasang (install) siap siap aplikasi Find My Device.  Jika gajet anda hilang, tercicir, atau terlupa letak di mana ? Dengan aplikasi Find My Device, inshallah pasti akan dapat di kesan...

Bagi aku aplikasi ini, memang terbaik, unik dan mudah untuk install. Tapi, tutorial Find My Device ini, lebih kepada setting di smartphone VIVO V5, sebab aku guna versi ini (agak ketinggalan). Namun begitu, smartphone terkini, keluaran seperti Vivo, Oppo, Hua Hwei ataupun jenama dari android yang lain, mungkin juga telah tersedia find apps di bahagian setting, korang hanya perlu enable dan install sahaja. Mungkin berbeza layout ataupun term ayat yang berbeza, tapi boleh cuba lihat tutorial di bawah..mana tahu sama..! Boleh ikuti langkah yang aku sediakan di bawah ini, 

Kisah Berjumpa Dengan Perempuan Tua

Seperti kebiasaan apabila pulang menuju ke rumah...setiba di perhentian lampu isyarat di persimpangan akan muncul si perempuan tua (india muslim) dengan bingkai gambar anak nya..meminta sedikit wang kepada orang ramai dari sebuah kereta ke sebuah kereta...perempuan tua tu bukan meminta saja saja..malah dia juga menjual tisu dan pen.

Pada suatu hari memang tiada langsung duit kecil di dalam dompet...yang ada hanyalah 2 (dua) keping RM 50, wang itu aku ingin gunakan untuk urusan kenderaan dan selebihnya belanja harian...cukup lah rasanya sampai hujung bulan....huhu.

Nak di jadikan cerita...perempuan tua itu semakin hampir...seperti biasa aku tetap 'memberi' walaupun sedikit tanpa mengambil sebarang bentuk fizikal dari perempuan itu samaada tisu mahupun pen...tapi pada kali ini, bukan terpaksa..tapi bila memikirkan kesusahan yang aku lalui pada ketika itu, rupa rupanya masih ada lagi insan yang susah, kais pagi makan pagi..kais petang makan petang..kesian.

Monday, August 06, 2018

Program CSR Di Sekolah

Pada 8 Julai 2018 (Ahad) yang lalu, aku dan bersama rakan rakan di tempat belajar, telah membuat aktiviti CSR di Sekolah Rendah Agama (Jaim) Limbongan, alhamdulillah aktiviti ini berjalan dengan lancar dengan cuaca yang baik, penyertaan daripada pelajar pelajar pun ramai dan mendapat sambutan. 

Pada hari tersebut, kami bersama sama ahli jawatankuasa kelab pelajar, mengecat bilik kelas, menyusun buku, meja dan kerusi, dan lebih kepada aktiviti pembersihan dan mencantikan bilik kelas. program tersebut bermula pada jam 8.30 pagi hingga pukul 4.00 petang.

Bagi aku program CSR (corporat social responsibility) ini sangat baik dan secara tidak langsung dapat memberikan tambah nilai dan memberikan persepsi yang baik dari masyarakatkepada sesebuah agensi yang menjayakan program komuniti seperti ini.

Ternampak Sesuatu

Pernah juga teringin nak bela kucing suatu masa dahulu, ramai rakan rakan yang membela kucing, hampir suku dari posting mereka di instagram semua berkenaan dengan kucing peliharaan mereka, rasa seronok melihat telatah gelagar kucing bersama penjaga mereka...

Pada suatu malam ketika balik dari kerja, ternampak sesuatu kelihatan seperti kucing jinak ini di perkarangan rumah, comel dan kembang bulunya...dalam fikiran aku, mungkin dia lapar, terus pergi beli makanan kucing paket kecik dan letakkan air di dalam satu bekas....seronok bila lihat kucing tu happy dan menikmati makanan nya...!

Puas juga viral kan.....supaya tuannya datang ambil..tapi tiada siapa yang mengaku kucing mereka...selagi tiada tuan yang tidak tuntut, aku akan jaga nya, seronok bila pergi balik kerja ada 'kawan' yang menemani setia....! cantik dan bersih bulu nya....

Wednesday, August 01, 2018

Jika Datang Kepada Kamu


"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
(QS. Al-Hujurat 49: Ayat 6)

weakpeople


PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi