Safirul Amar Azmi Blog! jom sale Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE BELI DAN DAPAT DISKAUN skinclear

Wednesday, August 08, 2018

Aplikasi Find My Device

Pening kepala sebab mencari barang yang hilang ? memang pening kepala kalau mencari barang hilang atau tercicir, apatah lagi barang yang kerap kita pegang hari hari seperti telefon, tab, ipad dan sebagainya, selagi nama nya teknologi, sudah pasti boleh di temui (inshallah), jika kita bersedia dari awal, seperti memasang (install) siap siap aplikasi Find My Device.  Jika gajet anda hilang, tercicir, atau terlupa letak di mana ? Dengan aplikasi Find My Device, inshallah pasti akan dapat di kesan...

Bagi aku aplikasi ini, memang terbaik, unik dan mudah untuk install. Tapi, tutorial Find My Device ini, lebih kepada setting di smartphone VIVO V5, sebab aku guna versi ini (agak ketinggalan). Namun begitu, smartphone terkini, keluaran seperti Vivo, Oppo, Hua Hwei ataupun jenama dari android yang lain, mungkin juga telah tersedia find apps di bahagian setting, korang hanya perlu enable dan install sahaja. Mungkin berbeza layout ataupun term ayat yang berbeza, tapi boleh cuba lihat tutorial di bawah..mana tahu sama..! Boleh ikuti langkah yang aku sediakan di bawah ini, 


1) Pergi Setting di telefon anda kemudian ;

Find My Device - Safirul Amar
Gambar 1A
 2) Selepas itu, cari Google , dan seterusnya pergi ke Security (lihat gambar 1A di atas).

3) Anda akan, lihat di bahagian atas, ada perkataan tulis, Find My Device (lihat Gambar 1B di bawah) , tekan sekali pada Find My Device tersebut dan , akan terpapar seperti di (Gambar 1C) anda boleh install terlebih dahulu di smartphone anda...jika telah sampai di area seperti di paparan Gambar 1C.

Find My Device - Safirul Amar
Gambar 1B

Find My Device - Safirul Amar
Gambar 1C
 
(tutorial 1,2,3) ini, hanyalah untuk pengguna Vivo, walaupun begitu, mungkin cara bagi pengguna android yang lain mungkin lebih kurang sama.

Seterusnya, semasa proses installation Find My Apps, boleh gunakan email anda untuk tujuan login aplikasi tersebut. Untuk login di website anda boleh ke link ini : http://android.com/find
anda akan di bawa ke aplikasi secara automatik. 

Mudah sahaja kan ? Seterusnya...bagaimana mahu remote device anda ketika mengakses laptop atau desktop komputer ?  Buka browser anda seperti (google chrome atau mozilla firefox) dan kemudian sila taip url link ini : http://android.com/find
Find My Device - Safirul Amar
Gambar 1D
Yang paling utama dan penting, sila bersedia setiap masa, iaitu TURN ON LOCATION . !

Di desktop view, anda boleh memberi AMARAN kepada pencuri itu, walaupun handphone berada dalam mode silent dengan membunyikan sound ringtone anda...dengan tekan pada PLAY SOUND (lihat Gambar 1D di atas).

Find My Device - Safirul Amar

Dan dalam masa yang sama, boleh erase all data anda di dalam smartphone anda, mana tahu , ada gambar gambar privasi yang tak perlu di dedahkan atau pun sebaliknya...

Find My Device - Safirul Amar
  
Selamat mencuba dan semoga berjaya...mencegah lebih baik, bertindak sebelum terlambat....

1 comment:

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi