Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE Biztudung

Wednesday, August 01, 2018

Jika Datang Kepada Kamu


"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
(QS. Al-Hujurat 49: Ayat 6)

weakpeople


Cantik kan ayat di atas tu ? petikan di ambil dari ayat 6, Al-Hujurat...sesuai untuk sesiapa yang mendengar umpat mengumpat dari orang lain. Ada orang suka bercerita hal orang lain di media sosial, kadang kadang sindiran di dalam bentuk sarkastik, bagi aku lah, kalau nak mention, better tulis dan tag terus orang tersebut, baru lah syiok ada fight...sebab sedar kah kita yang hari hari kita telah melakukan dosa ? jangan di layan...abaikan sahaja, Kita tak boleh stop mulut, tangan dan telinga orang dari mengutuk , mendengar apa yang orang bercakap buruk tentang kita...apa yang boleh kita buat..teruskan berbuat baik dan amalkan rutin seperti biasa....jangan peduli apa orang nak kata...


Nasihat aku, biarkan orang orang tersebut...jika di fitnah sekalipun dan sehingga memberikan persepsi buruk pada kita....abaikan orang orang negatif itu dan buat seperti biasa (kerja, keluarga). Percaya lah, akan datang orang yang baik untuk memahami diri kita dengan sendirinya...jika kita steady dan konsisten tak ambil peduli.

Maklumat tak sahih, like, dan letak icon emoji dan sebagainya....begitu lah media sosial, sentiasa menjadi platform yang tidak sihat, di sebabkan perangai manusia negatif.  Bukan salah teknologi, tapi perangai dan sikap manusia itu sendiri yang menjadi kan sesuatu teknologi itu tidak berapa baik.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi