Safirul Amar Azmi Blog! jom sale Baju Muslimah Kanak-kanak SKYTECH CREATIVE BELI DAN DAPAT DISKAUN skinclear

Monday, August 06, 2018

Program CSR Di Sekolah

Pada 8 Julai 2018 (Ahad) yang lalu, aku dan bersama rakan rakan di tempat belajar, telah membuat aktiviti CSR di Sekolah Rendah Agama (Jaim) Limbongan, alhamdulillah aktiviti ini berjalan dengan lancar dengan cuaca yang baik, penyertaan daripada pelajar pelajar pun ramai dan mendapat sambutan. 

Pada hari tersebut, kami bersama sama ahli jawatankuasa kelab pelajar, mengecat bilik kelas, menyusun buku, meja dan kerusi, dan lebih kepada aktiviti pembersihan dan mencantikan bilik kelas. program tersebut bermula pada jam 8.30 pagi hingga pukul 4.00 petang.

Bagi aku program CSR (corporat social responsibility) ini sangat baik dan secara tidak langsung dapat memberikan tambah nilai dan memberikan persepsi yang baik dari masyarakatkepada sesebuah agensi yang menjayakan program komuniti seperti ini.


Aktiviti sukarelawan ini patut di teruskan kerana bukan sahaja dapat menyihatkan badan, memelihara alam sekitar, malah membuatkan insan insan yang memerlukan, tersenyum dan dapat meneruskan hidup dari hari ke hari. Pada mula nya, keadaan bilik kelas agak suram, kotor dan tidak terurus, dan selepas kehadiran kami, suasana ceria mula timbul dan di harapkan adik adik dapat menumpukan sepenuh perhatian ketika di dalam kelas ya!

Boleh view laporan  Aktiviti 2 iaitu dalam bentuk video di url ini.... https://youtu.be/vM3SKgvUl5I   

program CSR oum bersama kelab pelajar

program CSR oum bersama kelab pelajar

Ada berberapa kategori perkhidmatan komuniti, bukan sahaja melibatkan urusan kerja pembersihan, ia juga melibatkan aktiviti menderma seperti menderma baju, wang tunai, barang makanan, barang keperluan harian, aktiviti memelihara alam sekitar seperti tujuan kerja pembersihan, dan aktiviti sukarelawan....


bajukurungmuslimah

Kepada pelajar pelajar yang baru..dan bakal menduduki subjek ini...hanya perlu komited dalam melaksanakan tugas dan memenuhi tuntutan tugasan di dalam aktiviti 1, 2 dan 3 (jurnal reflektif). Di samping kita menuntut ilmu sekurang kurangnya ada sumbangan aktiviti kita di dalam masyarakat.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi